24.12.13

Bukan Seperti Dongengan

Mungkin kisah aku tak seperti kisah dongeng yang masyarakat selalu ceritakan.
Mungkin.



Masa untuk hadapi realiti yang lebih mencabar.
Moga hati ini sentiasa kuat demi tuhannya. 




16.12.13

Gadis Ditepi Tasik

Dihujung tasik itu ada seorang gadis, terduduk lesu.
Kepenatan menjerit pada tuhannya.

Dia membilang, "Tuhan.. aku serahkan segalanya padamu. Aturku, merupakan aturMu. Milikku merupakan milikMu..."


Gadis mula faham.
Dan dia perlahan-lahan mula membiarkan apa yang terjadi, berada ditempatnya.

8.12.13

Keputusan dan Submisi


Kisah Dua Submisi
7 Disember 2013,
Shah Alam


Pernah dengar tak tentang teori 80-20? , kata kak Zati.

Aku tercenggang. Rupa-rupanya teori 80% dan 20%. Dijelaskan itu adalah teori dari bosnya tentang keputusan yang dibuat selalunya akan 80%  betul dan pasti akan ada 20% yang salah. Tapi kak zati kata, kalau kita dah buat sesuatu keputusan, yakin ianya memang betul 100%  untuk kita. Sebab yang mengerakkan hati kita untuk sesuatu perkara adalah tuhan kita.

Apa mungkin kita mempersoalkan ketentuannya?
Apa saja yang berlaku, itu semua ada kebaikannya.

Aku diberi nasihat, dalam hendak  membuat keputusan, letakkan apa yang tuhan suka sebagai indicator tertinggi dan bertawakallah.
Apa saja yang terjadi selepas itu, berlapang dadalah. Berlapang dadah.. Susah, it is. Memang susah, tapi paksa diri untuk sentiasa berlapang dada. (aku selalu kena tegur pasal ni) kehkeh



--- p/s: 

Kadang-kadang diri ni selalu bagi alasan untuk ketepikan hal-hal akhirat kerana urusan kerja , akhirnya urusan kerja itu tak kemana pun. Hanya masa saja yang terbuang. Dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat.

Alahai rugi. 
Makanya selalu bertanya pada diri sendiri, antara dua submisi mana satu yang kita dahulukan....?
Berbalik kepada cara keputusan yang kita buat tu. 

3.12.13

Kejujuran & Dua Malam

"Orang yang jujur tidak akan terkesan dengan pujian, tidak akan kecewa dengan cacian." 
- Imam al-Ghazali.




Isnin masih seperti biasa yang tiba tanpa Ahad dan Sabtu yang nikmat. Ditampal helaian-helaian sebesar separuh badan untuk diconteng. Ini lumrah hidup. Tungkus lumus dua malam belum tentu jadi karya teragung.

Ala. Baru dua malam, Rom pun takkan terbina dalam satu malam. kata Senah.
Itu Rom, Senah... Rom, jawab Timah.

Apa beza Rom dengan apa yang kita buat? Bukan kita juga dalam proses membina tamadun?, balas Senah.
Timah terdiam.


Isnin juga adalah hari-hari untuk kau dengar bisikan kupu-kupu yang dahagakan pujian. Mengharapkan tungkus lumus dua malam tanpa tidur dan hirupan kafein itu berbaloi. 


Ala. Baru karya kedua, kata Senah.
Kali ini Timah tak mahu membalas. Dia faham maksud Senah.


Isnin juga merupakan hari kejujuran kau diuji. Apa benar ilmu itu untuk kau cari semata-mata pujian? atau kau mudah terkesan dengan cacian?

Ada juga antara mereka apabila , helaian kertas dilorek, conteng, kritik dan digelak tawa seketika. Iyalah, kerja bodoh. Biasalah kena gelak. Tungkus lumus dua malam, berterbangan begitu saja. Hati, tak dibiar gundah. Jiwa tak dibiar gelora. Sabar ditahan setingginya. Pujian tak diharap langsung olehnya.


Dan ada juga yang tak tertahan lalu bertanya pada gurunya, Apa yang kurang pada kerja saya prof?.

Kejujuran, jawab prof.


Beredar dia dalam kebingungan. 
Entah dia mendapat jawapan, entahkan tidak.


22.11.13

Dari Kejauhan

Moga hati itu sentiasa tenang.
Moga kesihatan itu sentiasa baik hendakNya.
Moga sentiasa diletak dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.
Moga diberi petunjuk yang benar dan nyata.


Moga, kau berbahagia sentiasa. 

13.11.13

Akhir.


"Jangan suka sangat.. pengakhirannya kita tidak tahu macam mana..", tegur Jannah pada Intan sambil mengunyah popcorn semalam yang masih berbaki.


Gelak Intan terhenti, lalu mereka sambung menonton cerekerama sabtu malam di tivi.




9.11.13

Deep Down

Deep down, kau tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Deep down, kau diamkan.



Deep down, kau hanya tunggu masa.
Deep down, kau hanya perlu dia demi terus bersama Dia.




Deep down.
its too deep to be down.



1.11.13

Kompilasi Oktober


[1]
Sebak bila mengetahui saat yang tak dapat memiliki hanya mampu meminta supaya dijaga dirinya dari sebarang perkara yang bisa menyakiti.



[2]
awak, dosa saya banyak.
Sudikah menjadi sahabat terbaik buat saya?


[3]
Kenapa sukar untuk kita berterus-terang , masih lagi bertarik tali sedangkan masing-masing sudah kehabisan tenaga. Bukan berbincang itu lebih baik dari beradu tenaga?



[4]
Mengapa tidak saja kau yang menjaga dari meminta supaya dijaga?



[5]
Terus menerus membisikan pada diri supaya sentiasa bergerak kehadapan, kerana sudah sedia tahu tiada siapa lagi yang menunggu dibelakang



[6]
Setiap kali baru itu datang, aku selalu berdoa biar kebenaran itu mengiringi supaya silamnya bisa aku terima dengan hati yang terbuka.


[7]
Aturan tuhan itu sangat comel, bilamana dia meletakkan kau dengan orang-orang yang kau sangka kau tak boleh hidup bersama.

Tapi dengan perlahan-lahan , kau mula redha dan menerima dia seadanya. Iaitu sahabatmu. Baik dan buruknya. Mengajar kau erti sabar, sayang, toleransi dan segalanya.


16.10.13







Allah nak tarik nyawa kita, sekelip mata je.



4.10.13

Kisah Mamad

"Kadang-kadang kita suka beranggapan yang seseorang itu punyai kehidupan yang baik dan indah, tapi kita tak tahu, sebaliknya dia memegang seribu satu kesusahan dalam dirinya.."





Aku ada satu cerita, tentang Mamad. Dia kawan tadika aku. Aku selalu perhati, Mamad ini sering kemana-mana sendiri. Makan sendiri, main sendiri. Apa saja pun sendiri. Aku pula dalam kelas tadika, duduk belakang Mamad. Aku ingat lagi, Mamad pernah kena marah sebab lembab sangat nak habiskan satu ayat yang cikgu suruh baca.

Aku kesian. Tapi aku tak boleh buat apa-apa melainkan bisik perlahan-lahan pada Mamad... "eeeepaaal.. eeepaaal...". Sayangnya, Mamad ni bukan saja lembab, tapi kurang pendengaran pula, aish. Dia tak dengar aku bisik.

Lama sedikit lepas itu... ada bunyi..."Panggg", berdentum cikgu ketuk meja Mamad. Sabar cikgu dah habis. Sebab dari awal tahun sampai akhir tahun, Mamad memang begitu. 


Sekarang ni aku dah besar, aku banyak tengok movie, baca buku. Aku syak Mamad tu ada penyakit yang sukar untuk dia memahami abjad. Dyslexia barangkali. 


Mak selalu pesan, jangan tinggalkan orang yang ditinggalkan itu keseorangan, biar seribu orang tinggalkan dia paling tidak, kita masih ada untuk dia. Dulu aku tak mampu nak buat apa-apa melainkan terus membisik perkataan-perkataan dari belakang. Kalau aku tahu, pasti aku beritahu cikgu yang Mamad itu istimewa, dia perlukan lebih perhatian. 




30.9.13

Tersedar


Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Passenger - Let Her Go


Sampai satu saat, kita akan tersedar.
Saat itu adalah saat kita kehilangan.


"Padan muka", kata Rengos.

16.9.13

Kata-Kata & Doa

Berapa peratus kekesalan akan kita rasa jika kata-kata buruk itu menjadi doa?
Atau kita jenis yang tak akan rasa salah jika berkata perkara-perkara yang tak elok?


Ya tuhan. Mohon diberi hati baru pada kita. 
Jangan nanti, yang  didoa buta itu benar terjadi.
Jangan nanti, bodoh yang sering kata itu benar terbukti.



Kawan aku selalu kata, "kita tak tahu bila langit itu akan terbuka, bila dah terbuka tuhan akan makbulkan kata-kata kita tanpa hijab. Jangan menyesal kalau yang tak elok tu betul-betul terjadi...."



Hati-hati dengan kata-kata.
Hati-hati dengan hati. 


Kita semua adalah sesuatu yang membentuk sesuatu yang lain.
Sebarkan kebaikan, termasuk dengan kata-kata yang elok.

Mohon la sesiapa saja untuk terus tegur-menegur kalau antara kita ada terlanjur kata atau berkata perkara yang sia-sia. 


12.8.13

Ruang

[1] 
Kelajuan itu bisa membunuh.
Antara yang bisa terbunuh ialah jiwa.
dan jiwa itu adalah jiwa kita.
Jiwa yang tersepit dalam perlumbaan dunia.

------
Dunia sekarang ini semuanya mahu berlumba.
berlumba untuk dunia. Menyesakkan.

Sedang aku ini, bukan pantas untuk berlari.
Sedang aku ini masih mencari diri.
Masih dalam fasa betatih semula.


Siapa aku untuk dipandang tinggi, sedang kegagalan itu sering menemani.
dan kejayaan itu singgahnya berselang-seli.
Beri aku ruang. Aku mahu menikmati waktu-waktu ini.

Beri aku ruang, aku tak mahu ada mata-mata yang memerhati.
Beri aku rasa selesa  untuk berdiri.

Aku bisa gagal, aku bisa berjaya.
Aku hanya manusia biasa.
Jangan ada apa-apa dalam tanggapan minda.
Nanti kecewa.

Jadi, sekali lagi aku mohon.
Beri aku ruang.
Aku ingin bersendiri mengatur langkah.

Tak mengapa.
Aku tidak akan salahkan kalian atas apa yang terjadi.
Ini semua adalah atas diri sendiri.

Biar aku bangkit.
Nanti sudah kuat, aku akan berlari mengejar semula apa yang patut aku kejar.

cuma..
beri aku ruang.




[2] 
Kadang-kadang yang meninggalkan bukan kerana tidak sudi untuk bersama. Tetapi kerana sudah terlalu biasa menyendiri dan senang bersendiri.

------
Adakalanya tidak semua mampu  menjadi sebahagian dari ketenangan itu.




[3]
Bersamamu adalah terbaik, menjauhimu adalah ketenangan. 
Aku pilih kedua-duanya.
Cuma tidak pada waktu yang sama.

------
Lebih indah kau menjadi yang sempurna.
Tapi sayang, sempurna itu tidak ada.
Maka, aku pilih pada pertengahannya.
Supaya kita tak rasa kehilangan sesiapa.


26.7.13

Sebenarnya


Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Munajat – Rabanni




---------

Kita terlalu kejarkan cita-cita, dunia, kekayaan dan kasih sayang manusia sampai kita lupa pada siapa sepatutnya kita halakan semua itu.

Sehingga satu demi satu ditarik. Kerja tak menjadi dan orang-orang yang rapat pergi meninggalkan kita, anak-anak lupa nak call, mak marah kitew, abah marah kitew, adik marah kitew (sobsob) , bos tak puas hati dengan kerja, kawan pula buat hal sana sini, orang yang kita letak harapan kecewakan kita, eh macam-macamlah.

Lalu bermain dibenak, "sebenarnya kita tidak mempunyai apa-apa dan sesiapa, selagi ianya bukan kerana tuhanmu...." sambil kecilkan mata dan pandang ke hadapan.

Tapi, kita sebenarnya masih mempunyai perkara-perkara tersebut selagi dalam izinNya, cuma ianya sementara. Jadi untuk ada perasaan "everything last forever" atau "itu pasti menjadi milikku"  itu memang  perlu dibuang sedikit demi sedikit setelah belajar erti tiada yang kekal melainkanNya.


Pelajaran itu pula tak datang hanya dengan pembacaan semata, tapi macam mana kita alert dengan all those reminders, dan alhamdullilah , saat aku lupa mana datangnya nikmat, aku diingatkan untuk sentiasa bersyukur. Peringatan itu kadang-kadang tidak datang dalam keadaan yang menyenangkan.


Sakit memang sakit, tapi kalau tak sakit, tak rasalah penangannya kan?
Ihiks.


Nevermind.
Dalam ujian ada kemanisan. Kan kan kan? (pujuk diri sendiri)
Just be strong and positive!






Akhir kata-kata,


Salam ramadan yang ke------ 17!
(Cepat betul masa berlaluuuuuuuuuuuuu. )

Moga ramadan kali ini leeeeebihhh bermakna buat kita semua. InsyaAllah!






11.7.13

2011 & 2013




2011&2013,
Putrajaya,


2 tahun berlalu, aku masih gemar memakai kasut jenis yang sama. Sengaja untuk berada ditempat yang sama untuk dirakam memori. Bezanya, pada apa yang ada dan yang tiada.

Looking back at those photos that I've captured, I realised there's no point of waiting for other people who don't want to be part of your life and people who don't show any effort to be with you. Kalau kau benar mahu jadikan setiap saat itu bermakna, kau terus lakukan. Tak perlu tunggu dan disuruh untuk jadikan kenyataan dan setiap perkara yang indah-indah tak datang hanya dengan kau tutup mata dan harap bidadari tiupkan serbuk magikal pada momen itu. 

Nak kata dah jemu menunggu "saat yang tepat".... mungkin. Lalunya samada aku lakukan seorang atau dengan mereka yang sudi untuk menjadi sebahagian memori. Bukan aku tak ingat dengan siapa aku bersama saat detik waktu itu dirakam walaupun mereka tidak berada didalam gambar. Cuma...  kadang-kadang aku yang tidak tahu untuk mempamerkan rasa penghargaan dan aku masih cuba untuk belajar menghargai. Ampunkan aku yaa. (harap sampailah rasa  penghargaan aku ni pada kalian ya walaupun secara tak langsung) eheks. Plus, being alone wasn't that bad at all. Buat kau lebih menghargai detik-detik sendiri dan perkara random disekeliling kau.  

Terima kasih silam atas memori dulu, dan saat kini untuk memori sekarang. Kalau takde memori ni semua mungkin otak aku kosong kot? haha.


Thank you for everything! 




Adios people.
Do appreciate all those little things and enjoy every moment you have. 
Take care.

Random June



 











Floria 2013,
Putrajaya


Saja nak upload cerita lama. Rambang mata tengok bunga, kemain lagi nak semua.  Random event for June. Idk where I'm going to go for this July. Yang penting, memang nak buat sweet escape lagi la kan. Haha. 

Have a nice day people.
Moga Ramadan kedua ini indah-indah belaka. InsyaAllah.


5.7.13

Pilihan

Konversasi 15


Jaka A: "Ana, kau ada tak kawan-kawan yang boleh buat calon.."
Ana : "Ada je.. kau nak yang macam mana.."

Jaka A: "Yang cantik, sejuk mata memandang.."
Ana: "Cantik tu aku tak boleh nak jamin la, tapi dia berilmu, baik akhlak, ok la sume ..."

Jaka A: "aaaa.. emm... takpelah kalau macam tu.."
Ana : "Asal pulak tak nak?"
Jaka A : "Aku segan..."



------------------------


Seringkali rupa itu menjadi pilihan, sedangkan akhlak dan agama itu menjadi tuntutan.
Inilah manusia bukan?







Hmmm.
Nasib baik aku alien.

3.7.13

Hilangkan

Apa benar dengan kebencian itu kita boleh menghilangkan segala rasa sakit dihati?
Apa benar dengan meletakkan kemarahan pada seseorang itu boleh menghilangkan ingatan kita pada mereka?


Sejauh mana berkesan semua itu?




Kalau marah itu untuk mengalas kecewa. Kau hilangkanlah marah itu. Hilangkanlah kecewa itu. Maafkan, maafkan, maafkan. Itulah kuncinya.





Ya rabbi. Ya rabbi.
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa memaafkan.


25.6.13

Khabar Timur

Sejak aku berhijrah ke Barat, jarang sekali aku dengar khabar si Timur.
Apa khabar agaknya dia?
Sudah sembuhkah hatinya si Timur?
Berapa lautan sudah dia renangi untuk hilangkan sakit itu?


Timur, timur. Moga kau sentiasa kental. Sekental luaranmu.
Moga kau temui kebahagiaan yang kau inginkan itu.


InsyaAllah. 

15.6.13

Akan Tiba

Bagaimana kau boleh berputus asa dengan sesuatu yang kau cinta?




Setiap hari Isnin, kalau boleh orang mahu yang indah-indah. Aku pula teruskan baki yang semalam, minggu-minggu itu tak pernah ada penghujung. Aku teruskan, dipasak dengan kata-kata tajam. Halus, tapi tajam. Lembut tapi mengguris. Ditolak lagi. Tak pernah cukup sempurna. 


Hidup oh hidup.
Aku sangka yang dahulu itu sudah cukup sakit. Sekarang juga begitu.
Cukup indah.


Sudah, aku gariskan masa. Aku gariskan batasan. Aku akan tamatkan sebaik mungkin kali ini.
Seindah mungkin, secantik mungkin.
Aku mahu kau lihat apa yang aku lihat.

Aku mahu kau rasa apa yang aku rasa.
Bukan kesakitan, tapi keindahan.


Tunggu ya. 


28.5.13

Tomyam & Timur


[1] Kedai Tomyam

Aku teringat, waktu itu late night supper dengan sang gadis. Seusai makan, kami panggil abang tomyam tu. Dikorek-koreknya dompet kelihatan seperti wang kertas dah habis,  lalu diberi oleh sang gadis syiling sebanyak RM5.  Kerut muka abang tomyam itu, Abang tu tanya, "Ada lagi tak syiling nak bagi...?" 


Sang gadis diam.

Entah kenapa, spontan aku jawab, "Ada bang, tapi nak pakai kat kedai lain pulak.."
Abang tu terdiam.  Aku dan sang gadis tinggalkan dia dalam tergamam.




[2]  Si Timur

Timur, kenalan baru aku.  Seorang riang , dalam hati entah siapa tahu. Timur ini kalau sekilas pandang orang kata dia berani, kerana dalam genggamannya entah berapa lautan dia dah renangi. Tapi aku tetap kata, diam-diamTimur ini lembut hatinya, dan penakut.

Sebab sampai sekarang, Timur tak berani nak terus terang dengan apa yang dia rasa dan akhirnya Timur terlepas sesuatu yang aku kata, "kelip-kelip bahagia..". Semuanya gara-gara Timur tetap hendak tunggu malam kesepuluh bulan purnama untuk operasinya. "Bukannya bulan itu yang beri kau keberanian", getus hati aku.


Sudahlah Timur. Kau tetap penakut bagi aku. 







25.5.13

Dagang Pak Malau

medium : watercolour on plain paper
quick sketch 

[1]

Adakala dia yang selalu melihat dari ketepian, adalah dia yang bersarung wajah bukan kepunyaan, bersarung tawa bukan milik, bersarung jiwa bukan diri.

Diam-diam, dia bertukar. 

------


[2]

Kalau saya tak ingin kamu benar-benar pergi, saya akan mati-matian mempertahankan kamu untuk tinggal; tanpa perlu kamu minta berulang kali. - Tia Setiawati


Untuk itu, semua kata-kata kau itu dulu adalah kosong semata, kerana  ada perkataan kau tidak pun dizahirkan dengan perbuatan.


------

[3]

Jika corong telinga ini bisa kau jelajahi dan masuk ke otak. Takkan ada sedikit degung yang bisa kau dengar kerana semuanya telah penuh dengan bunyi bingit!


Pilih untuk dengar, tinggal atau pergi dan mencari lagi.




22.5.13

Hati Berlubang



Tajuk: Hati Berlubang (2008)

Media: Akrilik atas kanvas

oleh :  Badruddin Syah
-----------

"Ada seekor kelam
duduk bersendirian 
di bumbung sebuah ruang"
- petikan rangkap pertama sajak Seekor Kelam -Latiff Mohidin






Atas ni lukisan milik cikgu seni aku. Cikgu Bad, antara orang yang mengalakkan aku teruskan dalam bidang senibina sekarang ni. Sempoi je orangnya, waktu senggang selalu nampak dia sketching, duduk diantara pelajar dan ambil mana-mana buku untuk dijadikan rujukannya melukis. Mengasah skil barangkali.


Tadi sekilas pandang...terus aku kata, ini yang aku  maksudkan. Kalau benar aku bisa melukis gambaran hati, ini yang akan aku sampaikan. Rangkap sajak sekaligus sudah meceritakan situasi. Benar, ada seekor kelam duduk sendiri, dibumbung sebuah ruang.

Terbukam, sepi. Diam-diam sendiri, cuba untuk tenangkan hati.  Seekor itu  barangkali bisikan-bisikan hati. yang membawa diri atau yang tak pernah kita nampak, tapi selalu menemani. Rajuk diam dalam kelam.


Banyak telahannya.

21.5.13

Waktu-Waktu Itu

Being alone does make you weaker,sometimes. 





Bila kita sedar saat kita lemah. Menyendiri pada waktu yang sesuai ada baiknya. Tapi bagi aku dengan berada disisi manusia-manusia ada juga baiknya. Melihat mereka juga berjuang memberi aku semangat. Melihat satu persatu sikap mereka memberi aku inspirasi dan belajar untuk menghadapi situasi. Cukup bagi aku menyendiri saat waktu-waktu yang tertentu. Untuk cari semula titik keseimbangan diri. 

Sekarang ni? Nak kata goyah. Boleh juga. Nak kata stabil, tak berani nak cakap. Sebab semua perkara ada pasang surutnya. Cuma kena persetankan minda yang kuat merungut tu. 


Tak semua susah tu benar- benar susah. Dalam susah ada senang. Yakin dengan diri. Yakin dengan tuhan. Alhamdullilah, dalam susah masih diberi dengan kemanisan orang-orang yang sudi tolong kita, ingat kita yang tak makan lagi ni, ingatkan kita supaya fikir positif dan dalam senang ada yang sudi menegur salah, marah sebab tak relevan dan macam-macamlah lagi.  Seimbang. Life is hard, but not that bad. Be positive. Sonyum sonyum solalu.






"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"
Al- Insyirah  : 5





p/s: Semoga yang diluar sana tenang-tenang sentiasa. InsyaAllah! :)


6.5.13

Cuma Bukan Sekarang


 PRU13
05052013 



Kecewa.
ada hikmahnya.
Mungkin bukan sekarang.
Mungkin ini adalah asasnya, untuk sesuatu yang lebih teguh kelak.
Ini takkan berhenti hari ini dan disini.





aku yakin, janji Allah itu pasti.
Belajar untuk redha.
Redha itu tak semestinya tiada usaha.


Selamat malam, moga kali ini kita menuju ke #BetterNation yang sebenar. InsyaAllah. :)

1.4.13

Kadang-Kadang

Betapa berbolak baliknya hati manusia, bila pagi dia rasa bahagia dan senang tapi bila petang hatinya rasa serba tak kena.


Ada masa aku tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi pada sesuatu perkara.
Ada masa aku rasa niat aku sudah terpesong jauh entah kemana.
Ada masa aku persoalkan kenapa aku mahukan pujian manusia lebih dari redha Allah?
Ada masa aku rasa takut kerana terlalu gembira .
Ada masa aku rasa seperti takut dengan keputusan dari manusia lain sedangkan aku tahu, tiada yang kuasa melainkan Allah.
Ada masa aku rasa apa yang aku lakukan semua ini sia-sia dan membazir.
Ada masa aku rasa seperti memerlukan.
Ada masa aku rasa seperti aku bisa lakukan semua ini sendiri.
Ada masa aku rasa aku ini sepertinya punya lebih dari 1 personaliti. (haha)


Ok, aku banyak sangat berfikir.

*tutup minda kejap*

1,2,3,4,5....

*buka minda semula*







Doakan hati ini sentiasa tenang, bahagia dan membahagiakan ye. Hikhik.
Moga hati kalian juga begitu.









"Ya Allah, kami memohon daripadaMu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para shuhada' dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh."




26.2.13

Semuanya Tak Berkaitan


Babak 1, Kisah Uda

Uda : "Mak, tolong carikan Uda calon isteri mak" 
Mak :"kau nk yg mcm mana?"
Uda : "Mcm bidadari la mak" 
Mak : "Mcmtu kena mati dulu la nak, cukup tak beramal?" 



Sembang Salmah

Anon : "Selain mimpi kena kejar dengan buaya, apa lagi yg menakutkan dlm hidup kau?" 
Salmah : "Kata-kata orang" 



Orang Baru

Orang Baru : "Awak, nanti kita pergi sana sama-sama ya..."
Senah : " Siapa kau? Aku tak kenal."



Antara Syurga Neraka

Ina: "Abang, Ina dah masak. Ina hidangkan ya." 
Suami: " Takpelah, abg dah kenyang" 


---------------

Random.
Tipikal.
Drama.
Rimas.

&

Aku pernah terasa nak jadi seiyuu. 
Lagi-lagi kalau dapat cerita macam Ultraman atau Sailormoon.


hmm.
Random kan?


Apa-apa pun,
Semoga berbahagia dalam perjalanan cita-cita kalian.

13.2.13

Kasih



"Kerana sayang , kerana cinta maka aku lengkapkan dirimu dengan ilmu dan persiapan agama sebaiknya supaya nanti  kau akan  punyai bekalan dan kekuatan dikala dalam kesusahan, kerana  saat itu tiada siapa yang mampu menolongmu kecuali tuhanmu."  - Kasih Sang Ayah 


------------




“Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. - Taha , ayat 25-28

Dulu kalau tinggal dikampung walaupun sekejap, atuk selalu suruh kami amalkan potongan ayat tersebut. Aku tak tahu kenapa. Acap kali selepas selesai solat atuk pasti suruh kami bacanya sebanyak sebilangan kali. Aku baca tanpa memahami makna. 


Hanya baca kerana sekadar disuruh.


Tapi bila dah besar, baru aku faham kenapa atuk tegas benar suruh kami semua buat segala hafalan surah dengan zikir-zikir selepas solat. Semuanya untuk kesenangan kami pada masa hadapan. Kemudian, bila datang macam-macam benda, atuk selalu buat aku rindu padanya. Sayang benar dia pada cucu-cucu, (walaupun dulu atuk garang) haha. Sebab aku selalu buat benda bodoh. Ya, aku admit. Tak dapat ah nk cakap benda bodoh apa yg aku selalu buat tu. hahaha. Banyak sangat.



Alhamdullilah, aku ada atuk yang betul-betul penyayang. Walaupun atuk tak pandai nak perlihatkan kasih sayang dari kata-kata, small things yang atuk paksa kami buat ada sebabnya dan itulah kasih sayang atuk pada cucu-cucunya. Serius rindu. Sekarang atuk dah tua pun ingat lagi aku tengah belajar peringkat apa, buat course apa. Terharuuuu okayyyy. 



Dear atuk and uwan, walaupun kami tak selalu ada dikampung tapi atuk dan uwan tetap dihati kami. ♥ kihkih.



Moga segalanya dipermudahkan. Amin. :)






19.1.13

Hentian Seterusnya

Stesen ERL
17012013


Antara dua susur. 
Selalu aku harap kau akan melalui salah satu darinya.
Aku perhatikan diantaranya.
Tiada derapan.
Tiada pergerakan.
Tiada bayangan.

Aku toleh ke kiri.
Masih  tiada apa-apa.


Jadi aku terus menaiki elarti itu.
Tanpa lagi menoleh.
Cuma berharap, mungkin kau akan berdiri dihentian hadapan.
Menanti dengan senyuman.



------
inspirasi  dari sang penumpang elarti
yang masih dengan harapan setianya walapun tak pasti

1.1.13

Kompilasi 12-13

1
Yang benar-benar ikhlas, pasti akan mendalami.
Yang hanya melihat sekilas, pasti akan biarkan pergi.
Yang hanya tinggal, mereka yang sabar untuk memahami.


2
Ilmu itu cinta.
dan cinta itu ilmu.
Kalau tak berilmu,
dari mana datangnya cinta?


3
Hati itu lembut, iman itu berbolak.
Terkadang mahu, terkadang menolak,
cuma doa agar tak terlajak.


4
Mereka yang mencari,
pasti akan menemui.
Dengan syarat gunalah mata hati.
Bukan dengan diri yang berilusi.


5
Sejak satu saat,
aku mula ada firasat.
niat asalmu mula tersesat.


6
tiba masa sudah tiada apa.
akan dihilangkan apa yang ada
supaya satu hari jangan timbul cerita yang tiada


7
Seribu satu masalah,
datangnya boleh buat mengalah.
Orang cakap, bersabarlah.
Walaupun tahu, sabar itu bukan mudah untuk diserlah.


8
Antara dua.
Mencari yang benar atau hidup dalam kancah yang lama.


9
Aku dah bilang,
hilangkan kasar itu
Sekarang dah tersilang
lelah pula kau selesaikan helah sang penipu


10
Bulatan gembira,
itu namanya
walaupun tak kerap berjumpa
tapi rindu itu bertaut eratnya


11
Kompilasi cinta, kompilasi luka.
Aku bukan tak suka,
cuma caranya tak kena.


12
Biar kecil, asal berterusan.
Dari yang besar, gebang tak bertepian.


13
2013. Hai.
2012. Bai.