Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Munajat – Rabanni
---------
Kita terlalu kejarkan cita-cita, dunia, kekayaan dan kasih sayang manusia sampai kita lupa pada siapa sepatutnya kita halakan semua itu.
Sehingga satu demi satu ditarik. Kerja tak menjadi dan orang-orang yang rapat pergi meninggalkan kita, anak-anak lupa nak call, mak marah kitew, abah marah kitew, adik marah kitew (sobsob) , bos tak puas hati dengan kerja, kawan pula buat hal sana sini, orang yang kita letak harapan kecewakan kita, eh macam-macamlah.
Lalu bermain dibenak, "sebenarnya kita tidak mempunyai apa-apa dan sesiapa, selagi ianya bukan kerana tuhanmu...." sambil kecilkan mata dan pandang ke hadapan.
Tapi, kita sebenarnya masih mempunyai perkara-perkara tersebut selagi dalam izinNya, cuma ianya sementara. Jadi untuk ada perasaan "everything last forever" atau "itu pasti menjadi milikku" itu memang perlu dibuang sedikit demi sedikit setelah belajar erti tiada yang kekal melainkanNya.
Pelajaran itu pula tak datang hanya dengan pembacaan semata, tapi macam mana kita alert dengan all those reminders, dan alhamdullilah , saat aku lupa mana datangnya nikmat, aku diingatkan untuk sentiasa bersyukur. Peringatan itu kadang-kadang tidak datang dalam keadaan yang menyenangkan.
Sakit memang sakit, tapi kalau tak sakit, tak rasalah penangannya kan?
Ihiks.
Nevermind.
Dalam ujian ada kemanisan. Kan kan kan? (pujuk diri sendiri)
Just be strong and positive!
Akhir kata-kata,
Salam ramadan yang ke------ 17!
(Cepat betul masa berlaluuuuuuuuuuuuu. )
Moga ramadan kali ini leeeeebihhh bermakna buat kita semua. InsyaAllah!












