
10th May 2009,
Sudah lepas sehari.
Tanpa ada apa-apa pemberian kepada ibuku.
Tiada apa-apa.
Melainkan kesenyapan. Cuba untuk tidak mencetuskan kemarahan.
Cuba untuk memberi ketenangan.
Rasanya sudah lama tangan ini tidak memberi apa-apa sempena hari ibu.
Lama sangat.
Aku sudah kehabisan idea hendak beri apa padanya.
Aku tahu setiap ibu sendiri tak kisah apa saja pemberian anaknya pasti di hargai.
Tak macam anak.
Susah untuk sedar dan menghargai setiap pengorbanan ibu.
Macam aku.
Aku tahu Mama nak apa.
Tapi aku tak boleh nak beri.
Hati seolah tak merelakan lagi.
Entah bila.
Cuma boleh berharap jauh di sudut hati agar kerelaan itu tak terlambat.
Entah.
Malam 10 Mei.
Mulut tak terucap kata-kata itu.
Aku tak lupa. Aku ingat. Aku tak pernah lupa.
Tapi sekarang, rasanya tak terlambat lagi kan.. untuk ucapkan..
SELAMAT HARI IBU.
Khas buat mama.