31.10.14

Pendirian

Kau tahu, betapa aku menyukai orang yang tetap menjadi dirinya walaupun datang berbagai ragam untuk dia ikuti.

Kerana aku tahu betapa sukar untuk menetapkan pendirian setelah itu yang kau rasakan terbaik. Selalunya banyak jiwa yang mati dalam ramai.

Moga jiwa-jiwa itu sentiasa teguh dalam jalanNya.




29.10.14

Yang Membahagiakan

"When it's morning God gives us sunrise, when its in evening God gives us sunset, while in the night God gives us moon and stars. What shall we  ask for more when He gives us everything that we never thought of before?"


Kenapa bila seseorang itu berjalan seorang, kemana-mana seorang dikatanya kesepian , keseorangan dan menyedihkan?

Dan pelik, why I never feel that way?
Entah. Pelik.

Its calming actually.
Lebih banyak waktu sendiri untuk menikmati sekeliling.
Tanpa sedar, kita lebih menghargai ciptaan tuhan.

Sebab bila kita duduk atau berjalan dalam kumpulan kita selalu terlepas pandang benda-benda indah yang tuhan bentangkan untuk kita. (Biasalah when group of girls walking together kan..) hihi.


So, yeah...kadang-kadang memang kena ambil masa untuk bersendiri. Muhasabah. Pandang atas, pandang bawah, pandang diri sendiri. Tengok apa yang tuhan nak tunjukkan and even though pada kita rasa salah but its not. Nothing is wrong in our life. It is just a lesson.  ;)

Adios.
Moga berbahagia sentiasa. InsyaAllah. 











10.10.14

Identify & Start Loving


09102014
Broga, Semenyih

"Bisik aku pada tuhan tenangkan hatiku dengan keindahanMu. Bawa pergi serabut-serabut dunia yang takkan habis. Biar lelah itu hilang dalam  alamMu."



Kali ini adalah kali kedua, lain teman-teman. Lain kisahnya. 

Kisahnya apabila mendaki dan menurun  walaupun trek mudah namun bila sudah berkumpulan banyak juga mengajar erti "kehidupan". 

Lain background, lain kelajuan, lain caranya. Makanya lain jugalah kesabaran dan toleransi. Matlamat ialah naik bersama dengan selamat, turun bersama dengan selamat. Disini setiap individu mengajar pendekatan dan tahap toleransi yang berbeza.

Ada yang belum sampai kaki bukit sudah mengeluh kepenatan dan berhenti hampir putus asa. Bila dalam kumpulan kita tetap tidak boleh meninggalkan walaupun tahu jika tinggalkan sudah jauh ketinggalan teman-teman yang sebegitu. Kembali kepada matlamat iaitu "Bersama". Jadi dengan mengenali karakter individu-individu yang berada dalam kumpulan itu kita akan tahu tahap ketahanan mereka bagaimana dan jangkaan untuk perlahankan perjalanan dan berhenti bersama mereka itu sudah ada diminda.

Sabar dan toleransi itu sejak melangkah sudah ada. Sehinggalah matlamat itu tercapai. Sama jugalah hal ini jika berlaku dikehidupan seharian. Ada orang mudah mengalah, ada orang cepat merungut, ada orang suka simpan diam-diam masalah sedangkan sudah mahu naik sakit , ada yang okay saja. Oleh itu, kita sebagai orang yang berada terdekat sebenarnya harus belajar untuk kenal pasti adaptasi setiap sikap mereka. Salah satu ujian kesabaran. (haha seriously it is)

What I like about hiking and travelling its some way of learning about people and new environment. Kadang-kadang dalam satu trip tu kita akan rasa rimas sebab bersama dengan orang yang kita tak selesa. Tapi sebenarnya itulah yang mengajar kita untuk bersama. Walaupun kita ada pilihan untuk bersama dengan orang yang kita selesa, but hey... travelling is not about stay in comfort zone. However  it  will be better  to have partner that you can trust and be happy with, if you plan to travel far. It does make differences. 


Anyway be brave , explore and enjoy.
Hope your life be blessed.


insyaAllah. ;)




"It is not our differences that divide us. It is our inability to recognize, accept, and celebrate those differences."

-Audre Lorde














7.10.14

Manusia & Proposalnya

"Whenever things come I always see it as opportunity" ,
"..and you know what.. once you bring up the idea of it.. I always see you as part of my master plan, but  yet I'm just one of your proposal in design phase.."


Hah.
Terkesima Fakrul akan kata-kata Ana. 
Umpama dibaling batu ke muka.

Bengang Ana disimpan dalam-dalam. 
Tak sangka, dalam dunia arkitektur masih ada orang seperti Fakrul. Entah buta, atau lembab.  Entah apa yang yakin sangat dengan option proposalnya itu akan diterima.

Ana selalu ingat pesan Bos-nya, "Dunia kita bukan dunia untuk tunggu peluang datang ke riba. Dunia kita kena cari peluang dan bina sebaik mungkin peluang itu. Kalau tunggu, macam mana awak nak rebut projek  untuk roll up modal?  If you wait, you will lose. Keep on moving.."  

Pesannya lagi, "jangan buang masa untuk perkara yang tak mendatangkan maanfaat. Apatah lagi meunggu untuk mereka yang suka bertangguh-tangguh." 


"Ahh. Pelik manusia..", getus Ana bila difikirkan tentang manusia yang suka menunggu ghaib sedangkan apa depan mata dibuat tak endah saja. Ataupun mereka yang hidup dengan konsep, "kalau ada..adalah..". Sungguh Ana tak faham.  

4.10.14

Bisik Maria pada Bintang


"Boleh kau beritahu aku bagaimana untuk kembali percaya?", bisik Maria pada kelip-kelip lampu yang dia anggap bintang. 

Biasalah hidup kawasan urban penuh dengan bangunan pencakar langit. Jika punya kawasan lapang berbumbungkan langit pun pasti ditutup jerebu. Iya, waktu malam juga punya jerebu. Itu sajalah bintang terdekat yang Maria boleh dapat. Cumanya malam itu Maria bertuah sebab tak hujan. Mungkin kalau hujan, berhujan juga matanya. 

Lama Maria duduk termenung sampai perutnya berbunyi kelaparan. Lalu, dia buat keputusan untuk pulang sambil mengulangi persoalan yang sama kepada dirinya. Bingung Maria dibuatnya. Entah bingung sebab lapar, atau pun sebab tak lagi percaya.

Moga bingung itu sementara.
Kasihan Maria.




So we fight through the hurt ,
And we cry and ,
And we live and we learn ,
And we try and try and try and try.

1.10.14

Harap aku akan ketemu jawapannya nanti.