30.6.14

Gadis Itu (ii)

Gadis itu cantik senyumannya.
Aku tenung lama.


Lalu pandangan aku tertancap pada matanya.
Sayu.
Kenapa begitu sedih?

Apa yang cuba disembunyikan mata itu.
Gadis tersebut terus tersenyum sambil bersalaman dengan tetamu-tetamunya.
Tetamunya membalas senyuman dan bersalaman lalu pergi. Tak perasan agaknya sinar matanya yang sayu. Lebih sinar senyumannya barangkali.



Sayang.
Secantik senyuman, setakung kesedihan.
Apa yang kau cuba pertahankan?



Aku doa supaya tuhan bawa pergi sedih hati.
Moga kali ini diberi bahagia yang hakiki.


25.6.14

Siri Alam I

Sg. Chilling,
April 2014

"Hanya Kau yang mampu taklukkan hatiku.."





Kalau nanti serabut hal-hal dunia, alam kan ada?
Rehat sekejap ya.









20.6.14

Rasa II

Kau ingat tuhan bagi kau rasa sakit itu untuk apa?
Suka- suka?

Kau tahu sakit bukan?
Jadi kenapa mahu perlakukan sedemikian pada orang lain?
Cukup saja perit itu kau yang rasa.


Orang lain juga ada sakitnya sendiri.
Be kind to others.




Teruskan


Jun 2014, 
Damansara


"The reason why people give up so fast is because they tend to look how far they still have to go, instead of how far they gotten.."


Kenapa harus berhenti sekarang? You've been this far.
Just keep going. There's lot of fun things to be discovered.  Don't give up on something you choose to do and love. 

---

Teruskan mencintai. Teruskan teruskan. 
Don't give up.

16.6.14

Gadis Itu (I)

Atas semua perkara, gadis itu hanya mahu yang sederhana.
Tapi dunia ini tak mahu sederhana.

Kenapa?
Sukarkah sederhana itu?



14.6.14

Kisah Ali

Mereka bilang dia itu si Ali Setan. Kalau dengan dia habis dunia dia tukar jadi neraka, tapi tadi masa aku duduk sebelah Ali, dia menguap.

Kemudian dia ucap astaghfirullahal'adzim

Setankah Ali itu?

Setidak-tidaknya dia masih ingat tuhan. Kita ni?

13.6.14

Kena Kuat




Aku tak ingat siapa, tapi ada seorang akak tu pernah kata.."macam mana sebenarnya Allah pernah lintaskan kita hidayah tu, tapi kita refuse to see it and take action upon it?"

Dalam hati aku jawab, "Ruginyaaa.."

Akak tu teruskan percakapannya , "Sebab tu kalau ada rasa nak buat kebaikan tu buat sahaja..mana tahu itu hidayah Allah nak bagi kat kita..",  Dia bercakap seolah-olah tahu apa yang aku balas tadi.


Kadang-kadang bila dah dapat kesedaran, kita rasa macam nak kongsi apa yang kita rasa dengan orang-orang yang terdekat dengan kita. Tapi itu tak semudah dengan berkata sahaja, sebab tak semua orang dapat kesedaran yang sama. Hence, itu sebenarnya perkara yang either dapat menyatukan hati kita ataupun menjauhkan hati kita antara satu sama lain. (but don't give up upon others..)

Abah ada pesan, "hidayah tu milik Allah, tugas kita hanya dengan terus bersama untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan.." 

I can see how Abah work on that, tak sekejap. Benda ni satu proses yang sangat lama. Sometimes it take years to shape a person to do good things. In abah case, it takes half of his life. (Ya rabb, bless my parents for their good deeds).

Aku ambil sedikit dari workshop Khalifah Method, Ustaz Qayyum ada kata.."saya ambil masa dua tahun nak pupuk orang-orang dirumah saya untuk susun selipar ..."

See, it not that fast. Itu baru sekecil perkara.

Tapi kadang-kadang aku sendiri rasa mudah terpengaruh untuk berbuat benda tak elok. How on earth I could be that strong to continue spread goodness and kindness to people? 

Teringat abah kata, "buat je benda baik tu sampai sama rasa susah hati nak buat benda tak elok...."


Kena kuat. Kena kuat. T_T
Phew, moga ada kesabaran yang tinggi. Moga moga.




Ya rabb, jauhkan hati-hati kami dari bisikan syaitan dan pandu kami ke arah kebenaran. Jadikan hati-hati ini hati yang mencintai apa yang Kau cintai dan membenci apa yang Kau murkai. Janganlah kau bolak balikkan hati ini sesudah Kau berikan hidayah kepada kami.

10.6.14

Pembangunan & Ironi

Megan Avenue, Kuala Lumpur
Jun 2014


Raja-raja, apa rasanya jika kau menjadi papa kedana dan tinggal dalam celahan rakyat-rakyat biasa?

Orang kaya, puas tak melihat himpitan rumah beratapkan karat menjadi hamparan pemandanganmu?
Puaskah?


Sukar benar jalan perubahan.
Sukar.


Ya Rabb, bantulah hamba-hambamu yang bercita-cita dalam memperjuangkan keadilan dijalanMu. Biarpun dalam sekecil perkara.

9.6.14

Sikit Je


"This just might hurt a little.
Love hurts sometimes when you do it right.
Don't be afraid of a little bit of pain,
pleasure is on the other side."









Sabar subur, tak sabar masuk kubur, remind Amin.
Ye bro, aku ingat bro.