"Kerana sayang , kerana cinta maka aku lengkapkan dirimu dengan ilmu dan persiapan agama sebaiknya supaya nanti kau akan punyai bekalan dan kekuatan dikala dalam kesusahan, kerana saat itu tiada siapa yang mampu menolongmu kecuali tuhanmu." - Kasih Sang Ayah
------------
“Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. - Taha , ayat 25-28
Dulu kalau tinggal dikampung walaupun sekejap, atuk selalu suruh kami amalkan potongan ayat tersebut. Aku tak tahu kenapa. Acap kali selepas selesai solat atuk pasti suruh kami bacanya sebanyak sebilangan kali. Aku baca tanpa memahami makna.
Hanya baca kerana sekadar disuruh.
Tapi bila dah besar, baru aku faham kenapa atuk tegas benar suruh kami semua buat segala hafalan surah dengan zikir-zikir selepas solat. Semuanya untuk kesenangan kami pada masa hadapan. Kemudian, bila datang macam-macam benda, atuk selalu buat aku rindu padanya. Sayang benar dia pada cucu-cucu, (walaupun dulu atuk garang) haha. Sebab aku selalu buat benda bodoh. Ya, aku admit. Tak dapat ah nk cakap benda bodoh apa yg aku selalu buat tu. hahaha. Banyak sangat.
Alhamdullilah, aku ada atuk yang betul-betul penyayang. Walaupun atuk tak pandai nak perlihatkan kasih sayang dari kata-kata, small things yang atuk paksa kami buat ada sebabnya dan itulah kasih sayang atuk pada cucu-cucunya. Serius rindu. Sekarang atuk dah tua pun ingat lagi aku tengah belajar peringkat apa, buat course apa. Terharuuuu okayyyy.
Dear atuk and uwan, walaupun kami tak selalu ada dikampung tapi atuk dan uwan tetap dihati kami. ♥ kihkih.
Moga segalanya dipermudahkan. Amin. :)


No comments:
Post a Comment