24.12.13

Bukan Seperti Dongengan

Mungkin kisah aku tak seperti kisah dongeng yang masyarakat selalu ceritakan.
Mungkin.



Masa untuk hadapi realiti yang lebih mencabar.
Moga hati ini sentiasa kuat demi tuhannya. 




16.12.13

Gadis Ditepi Tasik

Dihujung tasik itu ada seorang gadis, terduduk lesu.
Kepenatan menjerit pada tuhannya.

Dia membilang, "Tuhan.. aku serahkan segalanya padamu. Aturku, merupakan aturMu. Milikku merupakan milikMu..."


Gadis mula faham.
Dan dia perlahan-lahan mula membiarkan apa yang terjadi, berada ditempatnya.

8.12.13

Keputusan dan Submisi


Kisah Dua Submisi
7 Disember 2013,
Shah Alam


Pernah dengar tak tentang teori 80-20? , kata kak Zati.

Aku tercenggang. Rupa-rupanya teori 80% dan 20%. Dijelaskan itu adalah teori dari bosnya tentang keputusan yang dibuat selalunya akan 80%  betul dan pasti akan ada 20% yang salah. Tapi kak zati kata, kalau kita dah buat sesuatu keputusan, yakin ianya memang betul 100%  untuk kita. Sebab yang mengerakkan hati kita untuk sesuatu perkara adalah tuhan kita.

Apa mungkin kita mempersoalkan ketentuannya?
Apa saja yang berlaku, itu semua ada kebaikannya.

Aku diberi nasihat, dalam hendak  membuat keputusan, letakkan apa yang tuhan suka sebagai indicator tertinggi dan bertawakallah.
Apa saja yang terjadi selepas itu, berlapang dadalah. Berlapang dadah.. Susah, it is. Memang susah, tapi paksa diri untuk sentiasa berlapang dada. (aku selalu kena tegur pasal ni) kehkeh



--- p/s: 

Kadang-kadang diri ni selalu bagi alasan untuk ketepikan hal-hal akhirat kerana urusan kerja , akhirnya urusan kerja itu tak kemana pun. Hanya masa saja yang terbuang. Dunia tak dapat, akhirat pun tak dapat.

Alahai rugi. 
Makanya selalu bertanya pada diri sendiri, antara dua submisi mana satu yang kita dahulukan....?
Berbalik kepada cara keputusan yang kita buat tu. 

3.12.13

Kejujuran & Dua Malam

"Orang yang jujur tidak akan terkesan dengan pujian, tidak akan kecewa dengan cacian." 
- Imam al-Ghazali.




Isnin masih seperti biasa yang tiba tanpa Ahad dan Sabtu yang nikmat. Ditampal helaian-helaian sebesar separuh badan untuk diconteng. Ini lumrah hidup. Tungkus lumus dua malam belum tentu jadi karya teragung.

Ala. Baru dua malam, Rom pun takkan terbina dalam satu malam. kata Senah.
Itu Rom, Senah... Rom, jawab Timah.

Apa beza Rom dengan apa yang kita buat? Bukan kita juga dalam proses membina tamadun?, balas Senah.
Timah terdiam.


Isnin juga adalah hari-hari untuk kau dengar bisikan kupu-kupu yang dahagakan pujian. Mengharapkan tungkus lumus dua malam tanpa tidur dan hirupan kafein itu berbaloi. 


Ala. Baru karya kedua, kata Senah.
Kali ini Timah tak mahu membalas. Dia faham maksud Senah.


Isnin juga merupakan hari kejujuran kau diuji. Apa benar ilmu itu untuk kau cari semata-mata pujian? atau kau mudah terkesan dengan cacian?

Ada juga antara mereka apabila , helaian kertas dilorek, conteng, kritik dan digelak tawa seketika. Iyalah, kerja bodoh. Biasalah kena gelak. Tungkus lumus dua malam, berterbangan begitu saja. Hati, tak dibiar gundah. Jiwa tak dibiar gelora. Sabar ditahan setingginya. Pujian tak diharap langsung olehnya.


Dan ada juga yang tak tertahan lalu bertanya pada gurunya, Apa yang kurang pada kerja saya prof?.

Kejujuran, jawab prof.


Beredar dia dalam kebingungan. 
Entah dia mendapat jawapan, entahkan tidak.