medium : watercolour on plain paper
quick sketch
[1]
Adakala dia yang selalu melihat dari ketepian, adalah dia yang bersarung wajah bukan kepunyaan, bersarung tawa bukan milik, bersarung jiwa bukan diri.
Diam-diam, dia bertukar.
------
[2]
Kalau saya tak ingin kamu benar-benar pergi, saya akan mati-matian mempertahankan kamu untuk tinggal; tanpa perlu kamu minta berulang kali. - Tia Setiawati
Untuk itu, semua kata-kata kau itu dulu adalah kosong semata, kerana ada perkataan kau tidak pun dizahirkan dengan perbuatan.
------
[3]
Jika corong telinga ini bisa kau jelajahi dan masuk ke otak. Takkan ada sedikit degung yang bisa kau dengar kerana semuanya telah penuh dengan bunyi bingit!
Pilih untuk dengar, tinggal atau pergi dan mencari lagi.

2 comments:
Kalau saya tak ingin kamu benar-benar pergi, saya akan mati-matian mempertahankan kamu untuk tinggal; tanpa perlu kamu minta berulang kali. - Tia Setiawati
Untuk itu, semua kata-kata kau itu dulu adalah kosong semata, kerana segala perkataan kau tidak pun dizahirkan dengan perbuatan.
segala itu tidak benar, kerana ada juga kata-katanya yang sudah dikotakan.
Post a Comment