25.6.13

Khabar Timur

Sejak aku berhijrah ke Barat, jarang sekali aku dengar khabar si Timur.
Apa khabar agaknya dia?
Sudah sembuhkah hatinya si Timur?
Berapa lautan sudah dia renangi untuk hilangkan sakit itu?


Timur, timur. Moga kau sentiasa kental. Sekental luaranmu.
Moga kau temui kebahagiaan yang kau inginkan itu.


InsyaAllah. 

15.6.13

Akan Tiba

Bagaimana kau boleh berputus asa dengan sesuatu yang kau cinta?




Setiap hari Isnin, kalau boleh orang mahu yang indah-indah. Aku pula teruskan baki yang semalam, minggu-minggu itu tak pernah ada penghujung. Aku teruskan, dipasak dengan kata-kata tajam. Halus, tapi tajam. Lembut tapi mengguris. Ditolak lagi. Tak pernah cukup sempurna. 


Hidup oh hidup.
Aku sangka yang dahulu itu sudah cukup sakit. Sekarang juga begitu.
Cukup indah.


Sudah, aku gariskan masa. Aku gariskan batasan. Aku akan tamatkan sebaik mungkin kali ini.
Seindah mungkin, secantik mungkin.
Aku mahu kau lihat apa yang aku lihat.

Aku mahu kau rasa apa yang aku rasa.
Bukan kesakitan, tapi keindahan.


Tunggu ya.