Jauh disudut sana, ada dua anak perempuan yang sedang menangis.
Atas kuburan yang belum terjadi.
Meratapi kematian ibu yang mereka tidak pernah ada.
Meratapi kesedihan yang bertahun dirasai.
Meratapi kesakitan yang bertahun disemai didalam hati.
Meratapi bahawa tiada lagi harapan untuk perubahan.
Semoga kitaran ini tamat padaku.
Semoga aku tidak menjadi sepertinya.
Semoga aku mampu memberi kasih sayang.
Semoga tiada lagi perbezaan kasih yang diberi.
Semoga tiada kata-kata nista dan kesat seperti yang kami alami.