30.5.14

.done

"Berbeza berbicara pada yang tahu,
dan yang mahu."




Benar, tiada yang lebih jelas dan tenang lepas kau bicara dengan tuhan kau sendiri, dan benar tiada cara yang terdekat untuk kau berbicara melainkan dengan solat itu sendiri.


Aku tutup mata , dan mengembalikan saat 5 tahun yang lalu. Saat aku tidak terusik dengan sesuatu yang bukan milik, saat aku masih punya cita-cita yang jelas dan naif dengan cinta (puih, cinta ke?) kahkah.

Sorry, I was naive back then. Really am. Quite stupid when I thought, the first could be the last and when I ignore Allah at first place.(tolonglah, anything we do, put Allah first, itu lagi penting)


Yeah, stupid thing is, I didn't ask for Allah to choose what best for me, bertahun ke berkoyan ke perasaan memang takkan bawa kemana. I realized that in the middle of my..(naive age? I guess) haha. And now, that situation might repeat. Enough said, I'm done. I really am done. Mudah la, camni aku nak cakap kat orang-orang (especially lelaki) luar sana.


If you think you found the one, buat cara betul.
Meet their parents, let them know your intention, discuss, plan it well, then achieve it. Kalau tak boleh, kena reject at least you've tried. (baru macho) kahkah. Sebelum tu, tak perlulah nak cakap, "saya suka awak.." , action is louder than talk , understand? Ini yang membezakan a true man and boys. Memang nak makan penampor ah kalau dengan aku. Weh malas ah malas ah nak layan. Love at first sight la hape la. Tak kuasa teman nak percaya. Hah, benor love kau tu, meh buktikan. More than  words, kata Extreme. Haha.


Apa pun, berani tu penting ah aku cakap. Berani tu sangat penting.
Bak kata pepatah, "berani kerana benar.." , tak gitu? 


Alright, I think , I'm over with my stupid-naive-moment. Got some real work to do.
Doakan reasearch aku goes well! Aku buntu ni. Haha, whatever it is moga jadi step stone to next level. InsyaAllah. 



Thank you for spending your time read my not-so-important-thought-yet I-need-to-write-it, because writing is therapy (kata orang)


Lantak. Asalkan bahagia. (Eheks.)


Have a nice day peeps. May Allah bless all of us. 




26.5.14

Luruskan Niat

Bila kena lempang, barulah rasa dan terfikir..



"kau kena luruskan balik niat kau Ain.."




AAAHHHH. Manusia, bila dah rasa sakit baru nak sedar.



Aduh.


Moga Allah sentiasa luruskan niat kita.
Aminnn.

23.5.14

Siri Hitam Putih




"Sometimes you're just lucky when you can choose to love one, meanwhile I have none."




Sejauh mana benar kata-kata "jika kita mencintai maka lepaskan,jika dia untuk kita maka dia akan kembali?"

Aku rasa semua itu kebodohan dan kebodohan itu rasanya perit.

Please don't let go someone or something that is precious to you. It just plain stupid.


Tapi kalau kau ini jenisnya kental dan lembab, hanya belajar dari kesilapan. Maka aku doa moga tuhan beri kau kekuatan untuk teruskan hidup. Moga tuhan juga temukan kau dengan teman yang boleh menerima kau walaupun berulang kali kau buat kesalahan.



Ikhlas,
Yang Pernah Menjadi Bodoh

21.5.14

Pergi I

 PEN-KUL
Mei 2014

Dalam kabur itu terus Seri membisikkan pada Cahaya, "Pergilah jika tiba masanya. Pulanglah bila sedia rasanya.." Setiap kali satu permulaan, Seri kuat merasakan pengakhiran. Seri tahu, tiada yang kekal melainkan tuhannya.

***

Cahaya sedikit pun tidak pernah bilang dia mahu pergi. Tapi gerak lakunya sendiri makin jauh dan sepi. Makanya Seri juga sedikit demi sedikit merelakan Cahaya pergi. Seri tahu, kuatnya laku lebih dari kata.

Yang tetap setia disisi Seri adalah sahabatnya, Sang Rawa sering memarahinya kerana merelakan setiap Cahaya yang datang itu pergi dengan mudahnya. Seri bilang pada Sang Rawa, "tak mengapa.. aku sudah biasa hidup dalam kaburan cahaya. Cukup indah walaupun tuhan hanya kirimkan aku Cahaya yang begitu terang biarpun sementara."


Sang Rawa yang setia itu masih merengus.. "Sampai bila kau mahu biarkan ia begini wahai Seri..?". Seri diam, lalu menjawab.."Sampai ada yang benar-benar mahu menjadi Cahaya hingga ke langit sana.."


Sang Rawa diam. Dia kalah lagi kali ini. 


16.5.14

Prioriti

Selalu aku bilang..
"Tak lama keadaan begini.."
"Tak lama aku akan jadi macam ni..."


Sabar wahai hati.
Sabar.


Kau akan buat apa yang kau mahu buat.
Tapi laksanakan dahulu prioriti depan mata.


Sabar, sabar.



Moga tuhan buka jalan untuk perjalanan yang seterusnya.


4.5.14

Masih


Balik Pulau, Penang
Mei 2014

 "Dah puas berjalan?", tanya sahabat.
"Belum lagi...", jawab aku. 

Mukanya pelik dengan jawapanku. 
Lalu dia beranikan diri dan bertanya "Apa lagi yang buatkan kau tak puas?"

"Kerana aku masih tidak jumpa kunci yang tuhan sembunyikan untuk aku bagi jiwaku sendiri.", jawabku dengan bersahaja. 






“We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls.” ― Anaïs Nin