Ada hari, mahu saja waktu itu berlalu dengan cepat.
Selalunya perasaan begini berlaku lebih kurang jam 3 petang.
Mungkin panasnya bahang mencetuskan rasa lesu.
Walhal banyak kerja harus diselesaikan.
Entahlah.
Kita ni manusia, macam-macam perasaan ya.
Semoga hari dan saat dalam hidup kita dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat dan membawa kebaikan hingga ke syurga.