[1]
Kelajuan itu bisa membunuh.
Antara yang bisa terbunuh ialah jiwa.
dan jiwa itu adalah jiwa kita.
Jiwa yang tersepit dalam perlumbaan dunia.
Dunia sekarang ini semuanya mahu berlumba.
berlumba untuk dunia. Menyesakkan.
Sedang aku ini, bukan pantas untuk berlari.
Sedang aku ini masih mencari diri.
Masih dalam fasa betatih semula.
Siapa aku untuk dipandang tinggi, sedang kegagalan itu sering menemani.
dan kejayaan itu singgahnya berselang-seli.
Beri aku ruang. Aku mahu menikmati waktu-waktu ini.
Beri aku ruang, aku tak mahu ada mata-mata yang memerhati.
Beri aku rasa selesa untuk berdiri.
Aku bisa gagal, aku bisa berjaya.
Aku hanya manusia biasa.
Jangan ada apa-apa dalam tanggapan minda.
Nanti kecewa.
Jadi, sekali lagi aku mohon.
Beri aku ruang.
Aku ingin bersendiri mengatur langkah.
Tak mengapa.
Aku tidak akan salahkan kalian atas apa yang terjadi.
Ini semua adalah atas diri sendiri.
Biar aku bangkit.
Nanti sudah kuat, aku akan berlari mengejar semula apa yang patut aku kejar.
cuma..
beri aku ruang.
[2]
Kadang-kadang yang meninggalkan bukan kerana tidak sudi untuk bersama. Tetapi kerana sudah terlalu biasa menyendiri dan senang bersendiri.
------
Adakalanya tidak semua mampu menjadi sebahagian dari ketenangan itu.
[3]
Bersamamu adalah terbaik, menjauhimu adalah ketenangan.
Aku pilih kedua-duanya.
Cuma tidak pada waktu yang sama.
------
Lebih indah kau menjadi yang sempurna.
Tapi sayang, sempurna itu tidak ada.
Maka, aku pilih pada pertengahannya.
Supaya kita tak rasa kehilangan sesiapa.