Sesumpah-ku
this site the web

Recent Photos

image
image
image
image
image
image
image

Monolog Kau Gila


Bila kau sudah tiada apa yang mahu diperkatakan,
kau senyap. Kau biar monolog itu menggila cuba mengatakan tentang perkara remeh.
Kau hendak bersuara tentang itu, tapi kau tahu tak siapa mahu dengar. Kau diam. Kau berjalan. Muka kau berubah. Kau menidakkan perasaan kau bila ditanya. Bila tiba di ruang bersimen itu, kau campak segalanya. Duduk. Memikirkan kenapa semuanya berlaku. Kau merungut diam-diam. Kemudian tidur. Lupakan semua.

Bila malam tiba, kau mencari sesuatu. Bintang. Ianya berkelip. Hati kau riang. Kau sambung segala yang tergendala sambil menghirup air lemak dicampur kafein. Tak elok. Kau tahu. Tapi kau perlukannya. Kemudian kotak kayu leper berengsel diketuk. Kau kata masuk, hati dah mengagak siapa. Hmm... Dan kau tahu kenapa. Tak akan diketuk kotak kayu leper itu kalau tiada hajat dihati si penyinggah.

Kemudian desis objek kecil dalam diri berkata ..

"Ya, gunakanlah aku. Ambillah segalanya dari aku. Walaupun aku tahu aku tak akan dapat apa pun".


Tapi kau suka. Sebab si dia terasa. Sebab kau dapat memperlihatkan topeng kejengkelan kau. Dan dia pun terjengkel sekali.

"Terima kasih kerana menghiburkan aku bila tiba masa aku perlukan hiburan." desis objek kecil kau itu lagi.

Kemudian kau lemparkan badan pada katil empuk ditemani kipas bertahun tak basuh. Tutup mata, lupakan semuanya semula.

Indahnya hidup. :)


Tamat.




P/s : Oh ya. Wahai manusia yang bertanya itu hari, memang benar, aku dah tade life sekarang.
Serius. :| <-- nampak tak muka serius aku?




Nota Kepada Aku

Hei pemilik sesumpah-ku.

Pakai perisai menjengkelkan kau itu.

Sketsa dunia kejam sudah bermula.


Kini, kau macam dapat watak antagonis je.
Or maybe both.




Gehh. Hai manusia lain. Selamat berkenalan. Semoga kita boleh bergaul dengan mesra.
HAHA.


Jie-weng

Korg. Aku suka lagu jiwang sekarang weh.
Mungkin kerana sudah diambang kejiwangan sekarang ini?
BARANGKALIII.

Oh. Oh.
Kalian tahu ngak yang aku sudah jadi insomnia sekarang ini.
Sejak beberapa menjak, aku memang ketidakcukupan tidur. Setiap kali waktu untuk bersarapan pasti aku akan meracau.
Nasib baik aku masih ada rasaksa penjaga untuk beri sedikit kesedaran moral.
Nasib baik. Nasib baik.


Kadang-kadang sikap rasaksa lain disini memang menguji kesabaran aku yang sangat cetek tahap lumpur nak kering ni.
Dan sekali lagi, kredit diberikan kepada rasaksa penjaga kerana memberi kesedaran moral.
WAHHH.
Bertuah sayyeee.
GAHAHAHA.


Sejak tak boleh berblogging ni, banyak suara hati pending. Aku rasa cam nak meletup.
Serius. Aku nak mencarut aku tahan jeee. Rasa cam nk cirit birit je.
Tapi, sekali aku call rasaksa tu, semua tersembur keluar. HAMEK KAUU.
Sian plak aku rasa kadang-kadang.


Tapi kan, lama- kelamaan, aku dah biasa mencarut dengan meja drawing tu. Aku mencarut ngan kertas kosong. Malas aku nak cakap dengan rasaksa lain. Bukan dorang faham. Tipikal siod.
Otak stret. Cakap kene stret. Tak difaham berbelit.
Ai tahu, taste kita lain. Ai tahu cara hidup kita lain. But again, ada ai peduli?
HAHAHA.


Oh ya. Yang lain aku tahu korg dah cuti. Aku.. redha.. yang aku cuti lambat.
REDHA wehhh.
Xpe la. Nanti kita jumpa k.
Da lama tak dating dengan u ols.

Later la k.
Aha. baik. nak siap. Mahu pulannngg.
DAAAAA~

OTAK KOTAK

Bayangkan ketika duduk sendiri atas meja.
Kau teringat akan rakan kau yang sangat gemarkan pakaian berkotak, kasut berkotak, tudung berkotak dan serba serbi kotak.
Kemudian, terfikirkan.... macam mata kalau anak mata kau pun kotak, biji mata kau kotak, bibir kau kotak, bayi kotak dan semuanya kotak. Lantas, aku lukis satu figura manusia kotak.
Hem.... mesti terhad kalau nak pandang sekeliling. Semuanya berbucu.
Pandangan kau terhad setakat point-point yang tertentu.
Pasti meracau sebab tak puas memandang. Hehehe.
.
.
.
Dan sekarang, sementara ada yang present kat depan aku ligat menaip.
Damn. Aku gian nak online.
SERIUS . SANGAT . GIAN. hahaha.
.
.
Dah lama aku tak bermonolog.
Dah lama aku simpan apa yang aku nak katakan.
Aku tahu, orang sekiling kat sini berfikiran agak tertutup.
So, aku sangat yakin apa yang aku mahu cakapkan mungkin tak tercapai dek akal mereka.
Jadi aku diamkan saja.
Lalu bercakap sesuatu yang nonsense bagi aku tapi logik bagi mereka.
Sangat bosan.
Hello, dont be so tipical boleh tak?
.
.
.
Hipokrit.
Ya, aku hipokrit.
Dan... hey, korg ada peduli ke pasal semua tu?
Aku tahu kita semua terpaksa menyembunyikan sesuatu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.
Dan itu apa yang aku lakukan.
.
.
Jangan kata aku hipokrit kalau itu yang kalian mahukan.
Korg sangat tahi.
GAHAHAHHAA.
DAMN. LAMA GILA TAK CELUPAR.
Aku memang sangat marah dengan korg.
.
.
.
Tapi aku tahu ini satu permulaan. Dan aku tahu akan ada satu perubahan.
Sesungguhnya bermulalah silibus Sabar dalam hidup Cik Jaein.
.
.
.
.
.
.
.
.
OHOOO. Aku nak kawan yang tahu respect dan tahu bila untuk menegur.
Aku nak kawan yang terima aku seadanya.
KURNIAKAN AKU . KURNIAKAN AKU.
SEKIAN. Trimas.