"Hinanya dunia bila syurga yang kita dambakan.."
Sedikit demi sedikit, tuhan berikan kita kesakitan , kesedihan , kekecewaan dengan dunia.
Dan akhirnya, kita sedar akan doa kita yang mahukan syurgaNya.
Jadi tuhan tunjukkan betapa hinanya kita yang terlalu dambakan dunia. Cinta manusia.
Lalu kita belajar untuk melepaskan dan hanya memberi kerana tuhan kita.
Ihsan pada manusia atas tanggungjawab kita.
Kasih pada manusia kerana itu yang diajar oleh tuhan kita.
Tidak lebih dan tidak kurang.
Berpada-pada mengikut apa yang kita mampu.