31.7.15

Gadis Persisku

Ditakdirkan tuhan, aku ditemukan dengan seorang gadis. Persis aku.

Cuma dengan lebih kemarahan, sifat pendam dan degil.

Ditakdirkan tuhan, aku berbuat kesalahan. Yang melibatkan gadis persis aku itu.

Tuhan perlihatkan aku kemarahannya, kebenciannya, tutur katanya, perilakunya yang langsung berbeza dengan sikapnya yang biasa.

Aku meminta maaf atas kesalahanku.

Dia menolak dengan sekerasnya.

Lalu aku tersentak... "ya tuhan, jika inilah aku ketika marah menyambar.. kau ambillah kemarahan itu pergi..."

"Ya tuhan, jika inilah aku ketika orang lain membuat kesalahan kepadaku, jadikanlah aku seorang yang pemaaf."

Kerana.......

Gadis persis aku itu.....
Buat aku sedih.

How hard she be on herself for not forgiving others.

Ya rabb, lembutkanlah hati-hati mereka yang keras dari memaafkan orang-orang disekeliling mereka.

Termasuk diriku sendiri.

Gadis persisku, moga tuhan salurkan hatimu dengan kecintaan dan kasih sayang yang hakiki.

23.7.15

It always gonna be better



Atas satu penolakan atau penerimaan ada hikmah. 
Bila ditolak, yakin.. You deserve better.
Bila diterima, yakin.. You'll be better.





"Kau manusia, kau tak boleh ada semua." - Langit Vanilla, Wani Ardy



Itu benar.
Ukur baju dibadan sendiri. Kenali diri sendiri, know what you can handle , and what you can't.

Seribu orang datang offer hati, kau tak boleh ambil semua.
Ada preferences yang jadi guideline. Hence, you need to learn to say no to certain people.

Setiap yang datang tapi tak boleh diterima, selalunya aku doakan tuhan berikan dia yang terbaik dan lebih baik dari apa yang dia mahukan sekarang tapi tak boleh miliki.

Same things happen to me.
Heart wants what it wants, but God knows what is good for us. Lalu aku berdoa, diberikan yang terbaik dari sisiNya.


Sungguh. Yakinlah, yakin. Tuhan tak zalim. Its us yang harus selalu bersangka baik padaNya. He just want to show what best for us. Jangan butakan mata dan hati. Jangan terlalu ikutkan emosi.


Bersangka baiklah padaNya
Moga hati-hati diluar sana dan disini ditemukan cinta hakiki.
Jangan gundah. Allah ada. 


16.7.15

1 Syawal.

1 Syawal.


Sekejap.
Ramadan dah berlalu.


Ya rabbi, suddenly rasa sayu.
Rasa macam tak achieve anything during Ramadan ni.

Ya Allah.
Siap sediakan aku untuk RamadanMu yang akan datang.
Siapkan jiwaku untukMu.
Untuk bertemuMu.





4.7.15

Jual Beli / Tawar Menawar


"Kak , ni berapa sehelai?"
"40 ringgit dik.."

"Oh, boleh dapat 35 ringgit tak kak?"
"Em, boleh la dik.."
"Ok, terima kasih kak, sy beli ye"

Tiba-tiba seorang rakan menerjah.

"Eh, minta la sampai dapat RM30.."

Aku senyum saja.

"Takpelah, dah jum pi tempat lain", ajak aku.


Pekara tentang jual beli dan tawar menawar adalah aku tak suka minta harga terlalu rendah dari harga yang dijual. Bukan kerana aku tak nak untung. Tapi aku fikir, peniaga pun mahu hidup. Dia bukan berniaga suka-suka. She/he needs to gain some profit at the end of the month.

Ok, cubalah kalau kita sendiri berniaga.
Atas pengalaman, berniaga nasi lemak, ais krim dan sedikit kuih kita dah bagi harga yang paling optimum. Just nice, kemudian diminta murah. Aduh macam mana nak pusing balik modal? Kos barang basah lagi?  

Sebagai pembeli, kita jarang fikir keadaan peniaga. Kita fikir keadaan kita. Dapat gaji, we need things, so we go and buy, its affordable but we want more cheaper. That's greedy. 

Ingat, jual beli ini adalah proses kelangsungan hidup. When one have more profit than others it won't balance up the process. 

This goes back to family members. Harus ditekankan busines ahli keluarga awak, bukan harta awak. Itu adalah harta pencarian mereka. Even if yourself ada invest in the business, bukan dengan cara ambil produk sesuka hati. It will affect the business. So treat yourself as buyer. Jangan biasakan diri minta harga rendah melebihi paras untuk pulang modal.

Bak kata seorang pakcik cina ni, "jangan rompak duit sendiri maaa... sebab tu susah kayaaa.."