28.5.13

Tomyam & Timur


[1] Kedai Tomyam

Aku teringat, waktu itu late night supper dengan sang gadis. Seusai makan, kami panggil abang tomyam tu. Dikorek-koreknya dompet kelihatan seperti wang kertas dah habis,  lalu diberi oleh sang gadis syiling sebanyak RM5.  Kerut muka abang tomyam itu, Abang tu tanya, "Ada lagi tak syiling nak bagi...?" 


Sang gadis diam.

Entah kenapa, spontan aku jawab, "Ada bang, tapi nak pakai kat kedai lain pulak.."
Abang tu terdiam.  Aku dan sang gadis tinggalkan dia dalam tergamam.




[2]  Si Timur

Timur, kenalan baru aku.  Seorang riang , dalam hati entah siapa tahu. Timur ini kalau sekilas pandang orang kata dia berani, kerana dalam genggamannya entah berapa lautan dia dah renangi. Tapi aku tetap kata, diam-diamTimur ini lembut hatinya, dan penakut.

Sebab sampai sekarang, Timur tak berani nak terus terang dengan apa yang dia rasa dan akhirnya Timur terlepas sesuatu yang aku kata, "kelip-kelip bahagia..". Semuanya gara-gara Timur tetap hendak tunggu malam kesepuluh bulan purnama untuk operasinya. "Bukannya bulan itu yang beri kau keberanian", getus hati aku.


Sudahlah Timur. Kau tetap penakut bagi aku. 







25.5.13

Dagang Pak Malau

medium : watercolour on plain paper
quick sketch 

[1]

Adakala dia yang selalu melihat dari ketepian, adalah dia yang bersarung wajah bukan kepunyaan, bersarung tawa bukan milik, bersarung jiwa bukan diri.

Diam-diam, dia bertukar. 

------


[2]

Kalau saya tak ingin kamu benar-benar pergi, saya akan mati-matian mempertahankan kamu untuk tinggal; tanpa perlu kamu minta berulang kali. - Tia Setiawati


Untuk itu, semua kata-kata kau itu dulu adalah kosong semata, kerana  ada perkataan kau tidak pun dizahirkan dengan perbuatan.


------

[3]

Jika corong telinga ini bisa kau jelajahi dan masuk ke otak. Takkan ada sedikit degung yang bisa kau dengar kerana semuanya telah penuh dengan bunyi bingit!


Pilih untuk dengar, tinggal atau pergi dan mencari lagi.




22.5.13

Hati Berlubang



Tajuk: Hati Berlubang (2008)

Media: Akrilik atas kanvas

oleh :  Badruddin Syah
-----------

"Ada seekor kelam
duduk bersendirian 
di bumbung sebuah ruang"
- petikan rangkap pertama sajak Seekor Kelam -Latiff Mohidin






Atas ni lukisan milik cikgu seni aku. Cikgu Bad, antara orang yang mengalakkan aku teruskan dalam bidang senibina sekarang ni. Sempoi je orangnya, waktu senggang selalu nampak dia sketching, duduk diantara pelajar dan ambil mana-mana buku untuk dijadikan rujukannya melukis. Mengasah skil barangkali.


Tadi sekilas pandang...terus aku kata, ini yang aku  maksudkan. Kalau benar aku bisa melukis gambaran hati, ini yang akan aku sampaikan. Rangkap sajak sekaligus sudah meceritakan situasi. Benar, ada seekor kelam duduk sendiri, dibumbung sebuah ruang.

Terbukam, sepi. Diam-diam sendiri, cuba untuk tenangkan hati.  Seekor itu  barangkali bisikan-bisikan hati. yang membawa diri atau yang tak pernah kita nampak, tapi selalu menemani. Rajuk diam dalam kelam.


Banyak telahannya.

21.5.13

Waktu-Waktu Itu

Being alone does make you weaker,sometimes. 





Bila kita sedar saat kita lemah. Menyendiri pada waktu yang sesuai ada baiknya. Tapi bagi aku dengan berada disisi manusia-manusia ada juga baiknya. Melihat mereka juga berjuang memberi aku semangat. Melihat satu persatu sikap mereka memberi aku inspirasi dan belajar untuk menghadapi situasi. Cukup bagi aku menyendiri saat waktu-waktu yang tertentu. Untuk cari semula titik keseimbangan diri. 

Sekarang ni? Nak kata goyah. Boleh juga. Nak kata stabil, tak berani nak cakap. Sebab semua perkara ada pasang surutnya. Cuma kena persetankan minda yang kuat merungut tu. 


Tak semua susah tu benar- benar susah. Dalam susah ada senang. Yakin dengan diri. Yakin dengan tuhan. Alhamdullilah, dalam susah masih diberi dengan kemanisan orang-orang yang sudi tolong kita, ingat kita yang tak makan lagi ni, ingatkan kita supaya fikir positif dan dalam senang ada yang sudi menegur salah, marah sebab tak relevan dan macam-macamlah lagi.  Seimbang. Life is hard, but not that bad. Be positive. Sonyum sonyum solalu.






"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"
Al- Insyirah  : 5





p/s: Semoga yang diluar sana tenang-tenang sentiasa. InsyaAllah! :)


6.5.13

Cuma Bukan Sekarang


 PRU13
05052013 



Kecewa.
ada hikmahnya.
Mungkin bukan sekarang.
Mungkin ini adalah asasnya, untuk sesuatu yang lebih teguh kelak.
Ini takkan berhenti hari ini dan disini.





aku yakin, janji Allah itu pasti.
Belajar untuk redha.
Redha itu tak semestinya tiada usaha.


Selamat malam, moga kali ini kita menuju ke #BetterNation yang sebenar. InsyaAllah. :)