2011&2013,
Putrajaya,
2 tahun berlalu, aku masih gemar memakai kasut jenis yang sama. Sengaja untuk berada ditempat yang sama untuk dirakam memori. Bezanya, pada apa yang ada dan yang tiada.
Looking back at those photos that I've captured, I realised there's no point of waiting for other people who don't want to be part of your life and people who don't show any effort to be with you. Kalau kau benar mahu jadikan setiap saat itu bermakna, kau terus lakukan. Tak perlu tunggu dan disuruh untuk jadikan kenyataan dan setiap perkara yang indah-indah tak datang hanya dengan kau tutup mata dan harap bidadari tiupkan serbuk magikal pada momen itu.
Nak kata dah jemu menunggu "saat yang tepat".... mungkin. Lalunya samada aku lakukan seorang atau dengan mereka yang sudi untuk menjadi sebahagian memori. Bukan aku tak ingat dengan siapa aku bersama saat detik waktu itu dirakam walaupun mereka tidak berada didalam gambar. Cuma... kadang-kadang aku yang tidak tahu untuk mempamerkan rasa penghargaan dan aku masih cuba untuk belajar menghargai. Ampunkan aku yaa. (harap sampailah rasa penghargaan aku ni pada kalian ya walaupun secara tak langsung) eheks. Plus, being alone wasn't that bad at all. Buat kau lebih menghargai detik-detik sendiri dan perkara random disekeliling kau.
Terima kasih silam atas memori dulu, dan saat kini untuk memori sekarang. Kalau takde memori ni semua mungkin otak aku kosong kot? haha.
Thank you for everything!
Adios people.
Do appreciate all those little things and enjoy every moment you have.
Take care.

No comments:
Post a Comment