20.10.16

Tawakal Teragung



14 Mei 2016, Sabtu
Masjid Wilayah, Kuala Lumpur


Sungguh perkahwinan ini sesuatu yang sangat misteri biarpun sudah punya ikatan hingga ke mati. Tetap tawakal pada tuhan itu yang sentiasa pertama dihati.


Lillahi.
Hanya kerana tuhanku, ku mengahwinimu.

Serupa mana keadaan itu datang, tiap-tiap perkara itu hati ini sentiasa berkata...
"Ini adalah dari tuhanku..."
Segala yang hadir itu sentiasa ada hikmahNya.



Ya Rabb.
Dengan ini, aku meletakkan tawakalku yang terpaling agung kepadaMu.


Moga kebaikan dan rahmatMu sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat kami dalam ikatan pernikahan ini.


Dengan izinMu.
Hingga ke syurga.



1.7.16

Kerinduan Aisya

"Abang, kita duduk lama sikit dalam masjid harini boleh?", pinta Aisya isterinya Ahmad.

"Okay, boleh...", balas Ahmad bersahaja.

Setelah selesai solat, Aisya duduk berteleku. Diam. Disudut belakang. Hatinya tenang.

Dia melelapkan matanya.

Beberapa saat kemudian, bergenang air matanya.

Disudut hati Aisya, dia hanya merindui tuhannya. Dia merindui tidur dalam rumah tuhannya. Seolah serabut dunia lenyap begitu sahaja. Seenak tidur diatas dakapan ibu.

Aisya merindui tuhannya.

Dia..hanya mahu tuhannya. Saat dia disitu, itulah saat kerinduannya terlalu memuncak.

"Ya tuhan, jangan dihilangkan kerinduan ini. Tetapkan hati ini sentiasa merinduMu dan kekasihMu. Lebih dari yang lain." ,titip hati Aisya dalam lelap matanya.

28.6.16

Yang Maha Pemurah

So which of the favors of your Lord would you deny? - 55:13

Allahuakbar.
The one that most graceful and merciful.

Sememangnya tiada satu apa pun dari kurniaanmu yang aku nafikan rahmatnya.

Kau sememangnya yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Mengingatkan dosaku dan rahmatMu, sejujurnya tiada yang menyebakkan jiwa dari ini semua.

Forgive us ya Rabb on our wrongdoing.
Sungguhnya jiwa ini terlalu kencang bolak baliknya.

Tetapkan hati kami dijalanMu dan dalam peganganMu.

12.4.16

Kesungguhan Dalam Mencintai

Dah detik 6.15 petang.

"Aduh, lewat lagi ni.."
"Mak mesti tunggu.." getus, Nas.


Nas sudah rekod jarak perjalanan dan masa yang diambil untuk sampai ke tempat rutin untuk pulang bersama-sama ibunya.


Ah, lagi 20minit.


Bergegas Nas ke tempat yang selalu ditunggu.

6.35 petang.

"Fuh, tepat..", lega hati Nas.
Dia pandang kiri kanan, pintu lobi dikuak.

"Mana ibu..."
Tiada kelibat ibunya di lobi.


Nas mesej ibu.. "Ibu, Nas dah sampai.."



20minit  sudah berlalu. Nas berdiri menunggu dilobi sambil memegang telefon bimbitnya. Berulang-ulang skrin telefon dibuka untuk melihat mesej-mesej yang masuk.

Tiada sebarang respon.


10minit lagi berlalu.
Nas memicit-micit kakinya. Letih berjalan 20minit secara pantas tadi terasa.


5 minit kemudiannya, kelibat ibu kelihatan.
Nas senyum.
Disalam tangan ibu.


Mereka pun beredar untuk pulang.



------

Kadang-kadang kasih sayang itu bukan dalam bentuk material. Tapi sentiasa menepati waktu dan berada ditempat yang diperlukan pada waktunya juga adalah kasih sayang.

Kerana mereka yang sering menunggu tahu apa itu rasanya perit dan tak mahu orang yang mereka sayang merasakan perkara yang sama.


Bagi orang-orang sebegini, biar saja mereka yang menunggu. Kerana perit itu sudah terlalu sebati hingga mereka masih mampu senyum walhal sudah lama menunggu.

10.4.16

Moga

Moga sakit-sakit ini menjadi penawar dosa-dosaku yang lalu, sekarang dan masa nanti.

I've sinned too much until I couldn't bear the pain that I felt.

Ya rabb. Forgive me.

1.4.16

Adakalanya

Akan ada pagi-pagi tertentu, nasi goreng dah tak rasa seenak dulu, maggi tomyam mamak dah tak rasa selazat dulu, teh ais dah tak rasa memuaskan seperti dulu.

Hanya kerana terusik hati.


Tapi hidup tetap perlu diteruskan. Kau tetap perlu gagahkan diri buat semua rutin harian kau. Walau rasa nak buat-buat sakit , terlantar atas katil sepanjang hari.


Aku rasa ini normal.


Sama macam aku rasa sekarang ini.
*tarik nafas*


But well, abah pun pesan "sebagai dewasa perasaan itu dah jatuh tempat paling akhir sekali, bilamana sifat bertanggungjawab diletakkan yang pertama."


*fefeeling growing up ler konon ni.

Moga hati-hati kita semua sentiasa dalam keadaan tenang.


Take care.

27.3.16

Innocent Mind of A child

Masa aku kecil orang-orang tua selalu cakap, "kalau kau ni banyak dosa, susah tuhan nak makbulkan doa permintaan kau..."

Aku percaya dan kata-kata orang tua itu hingga ke besar.

Aku pun sedar aku banyak dosa, tapi dalam hari-hari yang aku berdoa.... aku tak pernah hilang sedikit pun permintaan pada tuhan untuk lihat kau bahagia dan sihat. Sebab aku tak tahu dalam saat yang aku meminta mana satu akan tuhan tunaikan.


Dan dalam tak sedar, kau kelihatannya bahagia dan alhamdullilah sihat.

Cukuplah itu bagi aku.
Moga kau tetap terus bahagia walau dengan siapa pun kau hidup bersama dan apa juga cita-cita yang sedang kau usahakan.




Yang Ikhlas,
Tsudake


2.3.16

How to : #1

"How to love a loner..."

"Love with patience & sincerity.....  "

19.2.16

Darjat & derhaka

Menjadi anak yang dibisukan dengan amaran-amaran derhaka.

Menjadi ibu bapa yang diagungkan dengan darjat-darjat syurga.

Sedang mereka lupa, derhaka itu datang dari mereka. Apa mungkin darjat syurga itu boleh digenggam nyata?

Maka tersepitlah anak dengan hak dan darjat yang diagung tanpa tanggungjawab yang tak tertunai oleh sang ibu dan bapa.

"Ibu bapa lupa, dari kecil mereka dah diabai..."

10.2.16

Telagah Urang Ugama

"Ibu, orang-orang agama sudah mula bertelagah...."

"Kita yang biasa-biasa ini bagaimana pula?.."

"Teruskan hidup seperti biasa sajalah.. jalankan peranan kita biarpun sekecil perkara...", balas ibu

2.2.16

Kelangsungan.

Ada sahabatku bertanya..

"Untuk apa perlukan anak.."

Aku menjawab..
"Untuk kelangsungan keturunan.."

Dan perbualan itu berterusan..



"Habis tu kalau keturunan itu bukan dari yang baik-baik tak guna juga kelangsungan itu kan?"

"Tak juga. Kita boleh break the chains of the bad.."
"How?"
"Dengan terus berusaha... walau tergelincir sekalipun.. teruskan berusaha untuk menjadi baik, dan kearah kebaikan.."


Dia juga buat aku bertanya tentang kelangsungan zuriat untuk keturunan.


How if a person ready to be together but not ready to be a mother or a father?
Can you blame them to postpone to having a child?


Lagi-lagi dalam norma masyarakat di Malaysia.
"Hang dah kawin, hang kena la ada anak.."

Semudah itu ke?


Anak.
Adalah soal yang sangat serius.


Berapa ramai antara kita yang telah menjadi ibu bapa, bertanyakan soalan begini pada diri mereka setiap hari....

"Have I give enough love to my children?"
"Have I be patient enough to them?"
"Have I show good example to them?"
"Have I treat them fairly?"
"Have I give enough attention to them?"



I keep asking this to myself.

"Have I love myself enough to make me love others selflessly?"


I don't know.





22.1.16

Siapa tahu

Kita takkan tahu, siapa yang mengingati kita dalam esaknya.
Yang sentiasa mendoakan untuk kita dipertemukan dalam syurga tuhannya.





terima kasih.
kerana mengingatiku.