[1] Kedai Tomyam
Aku teringat, waktu itu late night supper dengan sang gadis. Seusai makan, kami panggil abang tomyam tu. Dikorek-koreknya dompet kelihatan seperti wang kertas dah habis, lalu diberi oleh sang gadis syiling sebanyak RM5. Kerut muka abang tomyam itu, Abang tu tanya, "Ada lagi tak syiling nak bagi...?"
Sang gadis diam.
Entah kenapa, spontan aku jawab, "Ada bang, tapi nak pakai kat kedai lain pulak.."
Abang tu terdiam. Aku dan sang gadis tinggalkan dia dalam tergamam.
[2] Si Timur
Timur, kenalan baru aku. Seorang riang , dalam hati entah siapa tahu. Timur ini kalau sekilas pandang orang kata dia berani, kerana dalam genggamannya entah berapa lautan dia dah renangi. Tapi aku tetap kata, diam-diamTimur ini lembut hatinya, dan penakut.
Sebab sampai sekarang, Timur tak berani nak terus terang dengan apa yang dia rasa dan akhirnya Timur terlepas sesuatu yang aku kata, "kelip-kelip bahagia..". Semuanya gara-gara Timur tetap hendak tunggu malam kesepuluh bulan purnama untuk operasinya. "Bukannya bulan itu yang beri kau keberanian", getus hati aku.
Sudahlah Timur. Kau tetap penakut bagi aku.
No comments:
Post a Comment