Kadang-kala ada sesekali dua, aku akan mengalami perbualan yang seperti ini.
Situasi 1
A: Belajar mana sekarang?
Aku : Di situ.
A: Kenapa kau tak pergi Universiti sekian sekian...
Aku : Rezeki aku kat sini.
Lalu masing-masing terdiam.
Situasi 2
B: Belajar mana sekarang?
Aku : Di situ.
B: Alhamdullilah, rezeki kamu kat situ. Buat yang terbaik ya.
" ....yang suka mempersoalkan sesuatu rezeki itu adalah manusia itu sendiri dan yang jarang mensyukuri rezeki pun adalah manusia itu sendiri..", detik hati aku.
Jika berada dalam situasi A , aku seringkali mengambil langkah diam dan tidak mahu mempersoalkan lebih bila berkata tentang rezeki. Kenapa itu kenapa ini. Aku yakin setiap perkara yang kita perolehi itu sudah diaturkan. Tapi ini tidak bermakna aku tidak pula berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih dari keadaan sekarang. Usaha itu perlu. Cuma rezeki itu bukan kita yang tentukan. Apa yang penting, bersyukur. Allah lebih tahu apa yang kita perlukan dari apa yang kita mahukan.
" If we can’t get what we like..
Let’s like what we get.."
