Being alone does make you weaker,sometimes.
Bila kita sedar saat kita lemah. Menyendiri pada waktu yang sesuai ada baiknya. Tapi bagi aku dengan berada disisi manusia-manusia ada juga baiknya. Melihat mereka juga berjuang memberi aku semangat. Melihat satu persatu sikap mereka memberi aku inspirasi dan belajar untuk menghadapi situasi. Cukup bagi aku menyendiri saat waktu-waktu yang tertentu. Untuk cari semula titik keseimbangan diri.
Sekarang ni? Nak kata goyah. Boleh juga. Nak kata stabil, tak berani nak cakap. Sebab semua perkara ada pasang surutnya. Cuma kena persetankan minda yang kuat merungut tu.
Tak semua susah tu benar- benar susah. Dalam susah ada senang. Yakin dengan diri. Yakin dengan tuhan. Alhamdullilah, dalam susah masih diberi dengan kemanisan orang-orang yang sudi tolong kita, ingat kita yang tak makan lagi ni, ingatkan kita supaya fikir positif dan dalam senang ada yang sudi menegur salah, marah sebab tak relevan dan macam-macamlah lagi. Seimbang. Life is hard, but not that bad. Be positive. Sonyum sonyum solalu.
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"
Al- Insyirah : 5
p/s: Semoga yang diluar sana tenang-tenang sentiasa. InsyaAllah! :)
No comments:
Post a Comment