Akan ada pagi-pagi tertentu, nasi goreng dah tak rasa seenak dulu, maggi tomyam mamak dah tak rasa selazat dulu, teh ais dah tak rasa memuaskan seperti dulu.
Hanya kerana terusik hati.
Tapi hidup tetap perlu diteruskan. Kau tetap perlu gagahkan diri buat semua rutin harian kau. Walau rasa nak buat-buat sakit , terlantar atas katil sepanjang hari.
Aku rasa ini normal.
Sama macam aku rasa sekarang ini.
*tarik nafas*
But well, abah pun pesan "sebagai dewasa perasaan itu dah jatuh tempat paling akhir sekali, bilamana sifat bertanggungjawab diletakkan yang pertama."
*fefeeling growing up ler konon ni.
Moga hati-hati kita semua sentiasa dalam keadaan tenang.
Take care.
No comments:
Post a Comment