1.7.16

Kerinduan Aisya

"Abang, kita duduk lama sikit dalam masjid harini boleh?", pinta Aisya isterinya Ahmad.

"Okay, boleh...", balas Ahmad bersahaja.

Setelah selesai solat, Aisya duduk berteleku. Diam. Disudut belakang. Hatinya tenang.

Dia melelapkan matanya.

Beberapa saat kemudian, bergenang air matanya.

Disudut hati Aisya, dia hanya merindui tuhannya. Dia merindui tidur dalam rumah tuhannya. Seolah serabut dunia lenyap begitu sahaja. Seenak tidur diatas dakapan ibu.

Aisya merindui tuhannya.

Dia..hanya mahu tuhannya. Saat dia disitu, itulah saat kerinduannya terlalu memuncak.

"Ya tuhan, jangan dihilangkan kerinduan ini. Tetapkan hati ini sentiasa merinduMu dan kekasihMu. Lebih dari yang lain." ,titip hati Aisya dalam lelap matanya.

No comments: