12.4.16

Kesungguhan Dalam Mencintai

Dah detik 6.15 petang.

"Aduh, lewat lagi ni.."
"Mak mesti tunggu.." getus, Nas.


Nas sudah rekod jarak perjalanan dan masa yang diambil untuk sampai ke tempat rutin untuk pulang bersama-sama ibunya.


Ah, lagi 20minit.


Bergegas Nas ke tempat yang selalu ditunggu.

6.35 petang.

"Fuh, tepat..", lega hati Nas.
Dia pandang kiri kanan, pintu lobi dikuak.

"Mana ibu..."
Tiada kelibat ibunya di lobi.


Nas mesej ibu.. "Ibu, Nas dah sampai.."



20minit  sudah berlalu. Nas berdiri menunggu dilobi sambil memegang telefon bimbitnya. Berulang-ulang skrin telefon dibuka untuk melihat mesej-mesej yang masuk.

Tiada sebarang respon.


10minit lagi berlalu.
Nas memicit-micit kakinya. Letih berjalan 20minit secara pantas tadi terasa.


5 minit kemudiannya, kelibat ibu kelihatan.
Nas senyum.
Disalam tangan ibu.


Mereka pun beredar untuk pulang.



------

Kadang-kadang kasih sayang itu bukan dalam bentuk material. Tapi sentiasa menepati waktu dan berada ditempat yang diperlukan pada waktunya juga adalah kasih sayang.

Kerana mereka yang sering menunggu tahu apa itu rasanya perit dan tak mahu orang yang mereka sayang merasakan perkara yang sama.


Bagi orang-orang sebegini, biar saja mereka yang menunggu. Kerana perit itu sudah terlalu sebati hingga mereka masih mampu senyum walhal sudah lama menunggu.

No comments: