30.12.24

Hinanya Dunia

 "Hinanya dunia bila syurga yang kita dambakan.."


Sedikit demi sedikit, tuhan berikan kita kesakitan , kesedihan , kekecewaan dengan dunia.
Dan akhirnya, kita sedar akan doa kita yang mahukan syurgaNya.

Jadi tuhan tunjukkan betapa hinanya kita yang terlalu dambakan dunia. Cinta manusia.
Lalu kita belajar untuk melepaskan dan hanya memberi kerana tuhan kita.


Ihsan pada manusia atas tanggungjawab kita.
Kasih pada manusia kerana itu yang diajar oleh tuhan kita.

Tidak lebih dan tidak kurang.
Berpada-pada mengikut apa yang kita mampu.

18.12.24

Berpada-pada

 "Tiada kebencian tercipta, melainkan dahulu mereka adalah orang yang saling mencintai.."




Patutlah orang tua kata, jangan dibenci lama-lama sayang. 
Kalau dah sayang pula, dipesan biar berpada-pada.

Macam tulah.
Itulah tanda ingatan tuhan pada kita.
Biarlah semua yang kita salurkan itu keranaNya.

Kalau sayang, diberi pahala.
Jikalau kecewa, akan mencari pujukNya.


22.10.24

Tentang Hidup & Tipu Dunia

Kita selalu tertipu dengan dunia.
Kita terlalu yakin dengan diri kita dan merasakan kita betul.

----

Scenario 1

"Ibu ayah kerja ni untuk masa depan awak semua tau..", ujar ibu dalam keadaan tegang.

Realitinya, balik jam 7-8 malam.
Prestasi anak tak dihirau.
Dapat result teruk, anak dimarah.
Balik rumah, marah serba serbi.
Anak minta duit beli buku pun kena marah.

Tapi bagaimana dengan "kerja untuk anak" itu?


-----

Scenario 2

"Aku kerja untuk masa depan aku , untuk retirement aku.."

Ironiknya, bila menginjak umur 40an dia didiagnos dengan sakit kritikal atau sakit yang berpunca dari tekanan. Habis duit yang dahulu niatnya untuk persaraan dibayar untuk membiayai kos rawatan.

Dan paling menyakitkan hati adalah, mereka yang kononnya berkerja demi wang persaraan ini akhirnya akan tetap meminta-minta pada anak yang mereka lalai dalam menjaga ketika mereka kecil itu.

----

Scenario 3

"Aku kerja niat nak bantu suami aku.."

Hakikatnya, tiap bulan duit tetap tidak cukup. Anak sering sakit, cuti dihabiskan menjaga anak sakit. Duit habis bayar kos check-up klinik. Lalu anak mendapat penyakit berterusan kerana jangkitan yang tak pernah sihat.


----

Scenario 4

"Aku kerja untuk beli rumah, nanti dah bersara aku tak perlu bayar lagi.."
"At least, rumah tu nanti boleh anak bini aku duduk kalau aku takde.."

Tapi sedikit mereka tahu, kebanyakan persara menjual rumah pertama yang mereka beli itu untuk mendapatkan wang bagi membiayai perbelanjaan lain. Dan katakan kamu membeli rumah untuk diduduki anak isteri kamu jika kamu mati.. Kebanyakan balu akan keluar dari rumah itu jika mampu kerana mereka tidak mahu mengingati dan merindui ketiadaan kamu disetiap sudut rumah itu.

Dan paling hodohnya realiti, anak-anak kamu akan berebut harta pusaka itu walaupun ianya rumah buruk yang usang.

----

I've seen so much.
I've been into one.

Don't ever lie to me by giving me all this excuses when you neglected your own responsibilities and overlooked things that should be priorities at that moment.

Own your own choices.
Don't blame others when the consequences  weren't on your favor. 
Don't ever think you make sacrifices, when everything is for your own convenience. 

Kerana yang berkorban tidak pernah merasa senang.
Jika segala perkara itu hanyalah untuk kesenangan kamu, maka itu bukanlah satu pengorbanan.

Dan akhirnya , baru kita sedar. Dunia ini, semunya tipu-tipu belaka.

11.10.24

Mempertahankan & Dipertahankan

Yang sedang mencari pasangan.

Paling asasnya carilah seseorang yang sanggup pertahankan kau dalam apa juga situasi.

Sama juga seperti kesanggupan kau pertahankan dia dalam apa juga keadaan. 

Kalau yang asas ini masih tak dapat, teruskan sehingga kau benar-benar yakin.


5.10.24

Small yet Scarred So Deep

Tiap kali ada berita kematian anak kecil, hati aku hancur.
Ada kesedihan terdalam yang tak dapat aku elakkan.

Kau faham tak perasaan ibu bapa yang terpaksa hidup dengan kerinduan yang tak berkesudahan?

----

It never heals.
We just sometimes forget for awhile because we too busy with our daily life.

But when time start to slow, and the night darken  the missing part of yours start to crushing in so deeply. You even barely to breathe because sunken in the tears that you keep during the day.

Maybe some of them secretly pray to God to take their soul early for them to meet their little one in heaven.

And somehow, can't even pray for that because they still have other children that need them in this dunya.

As for that, they could just give some peace in their heart by saying.. "wait for me my little baby.. I'll come to you when its time.."

-----

They cry, everyday.
Secretly.
Every night.
And fight to live, everyday.
Tho their heart was torn into pieces.
Shattered.
Some pieces, to love and live for those that still alive.
Some pieces, to miss and mourn for those that already gone.

----

Aku doa, setiap yang merasa kehilangan, 
diberi kekuatan, ketabahan untuk sentiasa hidup dengan bahagia dimasanya yang masih ada ini.
Aku tahu, rasa itu takkan pernah hilang.
Cuma aku harap, kau takkan selalu bersedih.
Aku yakin, tuhan akan selitkan kebahagiaan dalam kehilangan itu.