Kita selalu tertipu dengan dunia.
Kita terlalu yakin dengan diri kita dan merasakan kita betul.
----
Scenario 1
"Ibu ayah kerja ni untuk masa depan awak semua tau..", ujar ibu dalam keadaan tegang.
Realitinya, balik jam 7-8 malam.
Prestasi anak tak dihirau.
Dapat result teruk, anak dimarah.
Balik rumah, marah serba serbi.
Anak minta duit beli buku pun kena marah.
Tapi bagaimana dengan "kerja untuk anak" itu?
-----
Scenario 2
"Aku kerja untuk masa depan aku , untuk retirement aku.."
Ironiknya, bila menginjak umur 40an dia didiagnos dengan sakit kritikal atau sakit yang berpunca dari tekanan. Habis duit yang dahulu niatnya untuk persaraan dibayar untuk membiayai kos rawatan.
Dan paling menyakitkan hati adalah, mereka yang kononnya berkerja demi wang persaraan ini akhirnya akan tetap meminta-minta pada anak yang mereka lalai dalam menjaga ketika mereka kecil itu.
----
Scenario 3
"Aku kerja niat nak bantu suami aku.."
Hakikatnya, tiap bulan duit tetap tidak cukup. Anak sering sakit, cuti dihabiskan menjaga anak sakit. Duit habis bayar kos check-up klinik. Lalu anak mendapat penyakit berterusan kerana jangkitan yang tak pernah sihat.
----
Scenario 4
"Aku kerja untuk beli rumah, nanti dah bersara aku tak perlu bayar lagi.."
"At least, rumah tu nanti boleh anak bini aku duduk kalau aku takde.."
Tapi sedikit mereka tahu, kebanyakan persara menjual rumah pertama yang mereka beli itu untuk mendapatkan wang bagi membiayai perbelanjaan lain. Dan katakan kamu membeli rumah untuk diduduki anak isteri kamu jika kamu mati.. Kebanyakan balu akan keluar dari rumah itu jika mampu kerana mereka tidak mahu mengingati dan merindui ketiadaan kamu disetiap sudut rumah itu.
Dan paling hodohnya realiti, anak-anak kamu akan berebut harta pusaka itu walaupun ianya rumah buruk yang usang.
----
I've seen so much.
I've been into one.
Don't ever lie to me by giving me all this excuses when you neglected your own responsibilities and overlooked things that should be priorities at that moment.
Own your own choices.
Don't blame others when the consequences weren't on your favor.
Don't ever think you make sacrifices, when everything is for your own convenience.
Kerana yang berkorban tidak pernah merasa senang.
Jika segala perkara itu hanyalah untuk kesenangan kamu, maka itu bukanlah satu pengorbanan.
Dan akhirnya , baru kita sedar. Dunia ini, semunya tipu-tipu belaka.
No comments:
Post a Comment