26.1.17

My Life & Numbers

Life is complicated.

Yes.

For those who only want to live simple and hate math.

(haha)
--------


Berdepan dengan pihak-pihak tertentu , berkenaan dengan wang. Seringkali buat aku keliru.
Sungguh.

Aku tak suka matematik. Mahupun nombor.

Just say whatever number it is, I won't pay attention much.

I don't remember someone else phone number much
I don't remember someone else IC number much.
I don't remember my vehicle plate number.

I also takes time to remember my husband's phone number.  Same situation, like I started learn to remember my mom and dad's phone number.

It takes time from standard 4 to standard 6. (Over)

Lama kan?


But once I remember, I will remember forever.


Kah~


----

And when it come to case that, "ye cik, bayar sekian sekian.."
I just pay.

Yes.

Sometimes,it will be stupid. When you overpaid.

But sometimes, I don't really care.

So, there is where my money has possibility to lost without notice.

But again...

Sometimes, I don't care.

---


Somehow, the ironic thing is, God will always involve you with NUMBERS.

ALWAYS.


I'm not sure, this is my punishment because hating numbers.
Or my exercise , to loving numbers.


I just.



DONT KNOW.


---

See, berapa panjang my rant about numbers. and math.
Basically math is about numbers. So, samalah ..




Oh tuhan. Maafkan aku jika kebencian aku terhadap nombor ini keterlaluan.
Janganlah hukumku sebegini.

Make my life easy with numbers Ya Rabb.


8.1.17

Tetap Bersama

"Biar kita tetap bersama, hingga terlalu terasa bila tidak berdua..."




Jam sudah melewati sebelas malam.
Si isteri masih menunggu suami lalu tertidur.

Pintu berbunyi dikuak.
Si isteri terjaga. Bersiap-siap bangun untuk menyambut suaminya pulang.

Diberi salam. Dan dijawab salam.

"Sudah makan?", tanya suami.
"Sudah..", sambil disiapkan makanan untuk suaminya.
"Tapi mahu makan lagi bersama abang.." balas sang isteri lagi.

Sudah isteri itu hanyalah secubit roti. Tidak mahu dimakannya sebelum suaminya menjamah makanan itu.

Biarlah selewat mana kepulangan suaminya.
Dia tetap berdegil mahu makan bersama-sama.

Lebih enak baginya.

Lagipun, apalah sangat lapar yang dirasa dari kepenatan suaminya pulang lewat dari berkerja demi mereka sekeluarga.

Tidak sanggup dibiar makan dengan sunyi.
Biar dia menemani. Nampak perkara kecil. Tapi dari sekecil perkara itulah menjadi janjinya untuk sentiasa ada bersama.








20.10.16

Tawakal Teragung



14 Mei 2016, Sabtu
Masjid Wilayah, Kuala Lumpur


Sungguh perkahwinan ini sesuatu yang sangat misteri biarpun sudah punya ikatan hingga ke mati. Tetap tawakal pada tuhan itu yang sentiasa pertama dihati.


Lillahi.
Hanya kerana tuhanku, ku mengahwinimu.

Serupa mana keadaan itu datang, tiap-tiap perkara itu hati ini sentiasa berkata...
"Ini adalah dari tuhanku..."
Segala yang hadir itu sentiasa ada hikmahNya.



Ya Rabb.
Dengan ini, aku meletakkan tawakalku yang terpaling agung kepadaMu.


Moga kebaikan dan rahmatMu sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat kami dalam ikatan pernikahan ini.


Dengan izinMu.
Hingga ke syurga.



1.7.16

Kerinduan Aisya

"Abang, kita duduk lama sikit dalam masjid harini boleh?", pinta Aisya isterinya Ahmad.

"Okay, boleh...", balas Ahmad bersahaja.

Setelah selesai solat, Aisya duduk berteleku. Diam. Disudut belakang. Hatinya tenang.

Dia melelapkan matanya.

Beberapa saat kemudian, bergenang air matanya.

Disudut hati Aisya, dia hanya merindui tuhannya. Dia merindui tidur dalam rumah tuhannya. Seolah serabut dunia lenyap begitu sahaja. Seenak tidur diatas dakapan ibu.

Aisya merindui tuhannya.

Dia..hanya mahu tuhannya. Saat dia disitu, itulah saat kerinduannya terlalu memuncak.

"Ya tuhan, jangan dihilangkan kerinduan ini. Tetapkan hati ini sentiasa merinduMu dan kekasihMu. Lebih dari yang lain." ,titip hati Aisya dalam lelap matanya.

28.6.16

Yang Maha Pemurah

So which of the favors of your Lord would you deny? - 55:13

Allahuakbar.
The one that most graceful and merciful.

Sememangnya tiada satu apa pun dari kurniaanmu yang aku nafikan rahmatnya.

Kau sememangnya yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Mengingatkan dosaku dan rahmatMu, sejujurnya tiada yang menyebakkan jiwa dari ini semua.

Forgive us ya Rabb on our wrongdoing.
Sungguhnya jiwa ini terlalu kencang bolak baliknya.

Tetapkan hati kami dijalanMu dan dalam peganganMu.