8.1.17

Tetap Bersama

"Biar kita tetap bersama, hingga terlalu terasa bila tidak berdua..."




Jam sudah melewati sebelas malam.
Si isteri masih menunggu suami lalu tertidur.

Pintu berbunyi dikuak.
Si isteri terjaga. Bersiap-siap bangun untuk menyambut suaminya pulang.

Diberi salam. Dan dijawab salam.

"Sudah makan?", tanya suami.
"Sudah..", sambil disiapkan makanan untuk suaminya.
"Tapi mahu makan lagi bersama abang.." balas sang isteri lagi.

Sudah isteri itu hanyalah secubit roti. Tidak mahu dimakannya sebelum suaminya menjamah makanan itu.

Biarlah selewat mana kepulangan suaminya.
Dia tetap berdegil mahu makan bersama-sama.

Lebih enak baginya.

Lagipun, apalah sangat lapar yang dirasa dari kepenatan suaminya pulang lewat dari berkerja demi mereka sekeluarga.

Tidak sanggup dibiar makan dengan sunyi.
Biar dia menemani. Nampak perkara kecil. Tapi dari sekecil perkara itulah menjadi janjinya untuk sentiasa ada bersama.








No comments: