09102014
Broga, Semenyih
"Bisik aku pada tuhan tenangkan hatiku dengan keindahanMu. Bawa pergi serabut-serabut dunia yang takkan habis. Biar lelah itu hilang dalam alamMu."
Kali ini adalah kali kedua, lain teman-teman. Lain kisahnya.
Kisahnya apabila mendaki dan menurun walaupun trek mudah namun bila sudah berkumpulan banyak juga mengajar erti "kehidupan".
Lain background, lain kelajuan, lain caranya. Makanya lain jugalah kesabaran dan toleransi. Matlamat ialah naik bersama dengan selamat, turun bersama dengan selamat. Disini setiap individu mengajar pendekatan dan tahap toleransi yang berbeza.
Ada yang belum sampai kaki bukit sudah mengeluh kepenatan dan berhenti hampir putus asa. Bila dalam kumpulan kita tetap tidak boleh meninggalkan walaupun tahu jika tinggalkan sudah jauh ketinggalan teman-teman yang sebegitu. Kembali kepada matlamat iaitu "Bersama". Jadi dengan mengenali karakter individu-individu yang berada dalam kumpulan itu kita akan tahu tahap ketahanan mereka bagaimana dan jangkaan untuk perlahankan perjalanan dan berhenti bersama mereka itu sudah ada diminda.
Sabar dan toleransi itu sejak melangkah sudah ada. Sehinggalah matlamat itu tercapai. Sama jugalah hal ini jika berlaku dikehidupan seharian. Ada orang mudah mengalah, ada orang cepat merungut, ada orang suka simpan diam-diam masalah sedangkan sudah mahu naik sakit , ada yang okay saja. Oleh itu, kita sebagai orang yang berada terdekat sebenarnya harus belajar untuk kenal pasti adaptasi setiap sikap mereka. Salah satu ujian kesabaran. (haha seriously it is)
What I like about hiking and travelling its some way of learning about people and new environment. Kadang-kadang dalam satu trip tu kita akan rasa rimas sebab bersama dengan orang yang kita tak selesa. Tapi sebenarnya itulah yang mengajar kita untuk bersama. Walaupun kita ada pilihan untuk bersama dengan orang yang kita selesa, but hey... travelling is not about stay in comfort zone. However it will be better to have partner that you can trust and be happy with, if you plan to travel far. It does make differences.
Anyway be brave , explore and enjoy.
Hope your life be blessed.
insyaAllah. ;)
"It is not our differences that divide us. It is our inability to recognize, accept, and celebrate those differences."
-Audre Lorde
2 comments:
yeah.
travelling is not about posting gambar semata.
its what behind those gambar and smile and tears.
have fun travelling cik ain.
hehe, yeap. Its about experience with people and nature.
Post a Comment