28.2.15

Wanita & Luka

Wanita itu apabila terluka hatinya terlalu dalam , kasarlah jiwanya.
Maka kasar jugalah percakapannya.

Dan tidak ada sesiapa yang mampu melukakan jiwa seorang wanita melainkan dia yang terdekat dengan hatinya. Denyutan nadinya. Darahnya dan juga kehidupannya.

Dia itu adalah insan-insan yang membentuk keluarga.

Pada sang wanita, sembuhkanlah lukamu. Kerna dengan luka, masakan jiwa itu boleh mencinta dan memberi kasih sayang.

Pada "dia" yang bakal membentuk keluarga. Ketahuilah bahawa wanita yang bakal kau jadikan keluarga itu selalunya tidak hadir dalam hati yang sempurna sifatnya.

Ada antara mereka yang lama terluka dan ada juga antara mereka yang berusaha menyembuhkannya.

Moga kita semua menjadi orang yang sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain.




23.2.15

Little Step

Responsibility.
Present.
Future.
Commitment.
----
Ambition.
Plan.
Execution.
----
Negativity.
Constraint.
Threat.




Semakin "dewasa", semakin banyak perkara yang mendatang. Cita-cita ada, perancangan ada. Perlaksanaan kelihatan sukar. But hey, big things start with little step isn't it? 

InsyaAllah, starting this semester. Banyak benda perlu siapkan. Research perlu lebih mendalam. Sources kena start cari. 

Fuhh, semoga semua perancangan dipermudahkanNya. 
Be positive.
Be positive.


;)


13.2.15

Hilangnya Permata







Ketiadaannya ditangisi
Walau jauh dimata, dekat dihati.
Ribuan manusia hadir untuk mengiringi.
Yang jauh sebak dirasai.






Al Fatihah buat allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

10011931-12022015
9.45malam.




13022015
dan aku masih terkedu.












12.2.15

Hanya Bila Dia Mencintaimu

Kerna bila dia mencintai dirimu, kau tak perlu jelaskan siapa kamu.

Matanya,
Hatinya,
Akalnya...

Sudah terlebih dahulu mengenalimu.

5.2.15

Tipah Mencari Bahagia (i)

"I pray for him,
until I forgot to pray for myself..."


Latifah (Tipah) kemas barang-barangnya. Tiket ke Saigon sehala disimpan dalam beg tangan cokelatnya. Peta asia tenggara Tipah lipat. Tipah tidak tahu dengan siapa dia bakal jumpa dan apa dia bakal hadapi, Tipah harung. Itu motto tipah sejak dia dari zaman belajar.

Harung.
Perkataan harung pun boleh jadi haru kadang-kadang.
Haru biru.


Ah, tipah tak peduli.
Tipah pergi.


Tipah kata pada ibu, sebulan lagi tipah balik.
Dah sampai destinasi tipah bagi tahu ibu dimana tipah berada.
Ibu dah faham sangat perangai tipah.
Tak lekat dirumah. Entah apa nak jadi.


Berbekalkan dolar-dolar yang dikumpul hasil pungut pucuk ubi. Potong rumput, tipah pun pergi jalankan plan asia tenggaranya.


Tipah harung.
Semua.
Sendiri.



Tipah. Oh tipah.
Hiduplah kau, asalkan nanti kau jumpa bahagia.