28.2.15

Wanita & Luka

Wanita itu apabila terluka hatinya terlalu dalam , kasarlah jiwanya.
Maka kasar jugalah percakapannya.

Dan tidak ada sesiapa yang mampu melukakan jiwa seorang wanita melainkan dia yang terdekat dengan hatinya. Denyutan nadinya. Darahnya dan juga kehidupannya.

Dia itu adalah insan-insan yang membentuk keluarga.

Pada sang wanita, sembuhkanlah lukamu. Kerna dengan luka, masakan jiwa itu boleh mencinta dan memberi kasih sayang.

Pada "dia" yang bakal membentuk keluarga. Ketahuilah bahawa wanita yang bakal kau jadikan keluarga itu selalunya tidak hadir dalam hati yang sempurna sifatnya.

Ada antara mereka yang lama terluka dan ada juga antara mereka yang berusaha menyembuhkannya.

Moga kita semua menjadi orang yang sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain.




No comments: