18.4.14

Ironi I

Setahun kata gadis.
"Setahun itu tak lama", tambah gadis.


Lalu gadis ketawa, menganggap semua itu hanya gurauan.
Pemuda diam, dia senyum kelat. Dia tahu itu bukan gurauan.
Dia tahu gadis nekad.


Kerana dia tahu hati itu, hati yang sudah lama terputus harapan.
Dia tahu gadis takkan selamanya dihadapannya.
Dia tahu satu hari nanti gadis akan pergi.


Tetapi dia tetap terus menerus menemani.
Mungkin masih ada harapan untuk menghalang gadis dari pergi.



14.4.14

Fixing It

13042014
Kuala Lumpur


Fix & Work
S: "Do you think things will stop..?" 
A: "I don't know, but I hope it won't.....like this escalator.."



Sampai satu saat, aku hanya mampu berserah. Kalau tuhan mahu aku teruskan. Maka pasti Dia berikan aku kekuatan untuk meneruskan. Jika tidak pasti ada jalan lain yang Dia mahu aku tempuhi.

Moga jiwa terus tabah, sabar dan kuat.
Moga tidak akan ada sedikit pun helaan putus asa.

Aaamin. 



31.3.14

20102014

30032014,
Putrajaya


Permintaan diri yang terbiar lama sudah aku tunaikan. 
Tak. 
Aku tak pernah lupa. 







Tanpa Bahasa - Afgan


25.3.14

Jentikan Yang Dalam

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

At Tagabun : 11


Kenapa bila kita ditimpa musibah, bait-bait harian itu berubah menjadi satu makna yang mendalam?

Mahalnya pengajaran untuk aku. Tapi tak semahal nyawa. Tuhan tahu aku tak mampu untuk itu. Cukup menjentik dengan harta, dah goyang entah kemana.

T_T

Aku tak rasa gerak hati, tubuh  ini berjalan dengan sendiri. Aku yakin, sangat yakin. Pasti ada sebab. Musibah. Terjadi kerana diri sendiri, atas kerana ketidakupayaan sendiri untuk mengawalnya dari berlaku. Semuanya dengan izin Allah. 


Kebetulan helaian ini yang menjadi selakan pertama seusai hati tidak tenang, seusai cuba mencari ketenangan, jari terhenti pada bait-bait tersebut. Menusuk. Menusuk sangat sangat. Allahurabbi. He indeed knows best.

Hidup tetap perlu diteruskan. Apa dah jadi, let it be. Pengajaran yang sangat mendalam. Itu pasti.




May Allah be with you at every step you take,
May Allah guide you in each decision you make,
May Allah help you when life gets rough,
May Allah Bless you with more than enough,
May Allah protect you when you fall,
May Allah hear you when you call,
May Allah sooth your heart when you don't understand,
May you always be in Allah's loving Hand..

23.3.14

Permata Permata

23032014
Masjid Putra, Putrajaya


Antara kesayangan aku, bila rindu tak bertemu tapi tahu hati terdetik sama rindunya. Akhirnya kisah-kisah cinta sudah disimpulkan. Tahniah, tapi ini simpulan permulaan ya. Moga kau berbahagia sentiasa wahai sahabat.


Baru je balik dari majlis dah rindu dah. Haih. Haha. 
Tahniah, and i will always love you three four five six seven eight nine ten. K, mengarut. But I mean it.





  
Tahniah buat Siti Athirah dan pasangannya , Teddy Adriama. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.