Setahun kata gadis.
"Setahun itu tak lama", tambah gadis.
Lalu gadis ketawa, menganggap semua itu hanya gurauan.
Pemuda diam, dia senyum kelat. Dia tahu itu bukan gurauan.
Dia tahu gadis nekad.
Kerana dia tahu hati itu, hati yang sudah lama terputus harapan.
Dia tahu gadis takkan selamanya dihadapannya.
Dia tahu satu hari nanti gadis akan pergi.
Tetapi dia tetap terus menerus menemani.
Mungkin masih ada harapan untuk menghalang gadis dari pergi.
No comments:
Post a Comment