18.7.14

Rayuan Sang Hamba

Allahu.
Lesu.

Dunia makin tenat, kita tak penatkah?

Tuhan tengah panggil kita tu.
Tolonglah dengar.

Tolonglah.
Jangan butakan lagi hati itu.
Jangan sampai terlewat.

Tolonglah.
Lets return to Him.

17.7.14

#prayforhumanity

Mata-mata itu adalah mata yang menangisi pemergian separuh dari nyawa mereka sendiri.

Ada juga manusia yang memperlekehkan tangisan itu. Aku tertanya, mana pergi kemanusiaan?

Aku tertanya, mana pergi simpati dan empati?

Adakah perlu hingga saat tuhan meletakkan kita ditempat sama seperti mereka baru kita mengerti?

----------

Ya tuhan, lembutkan hati kami. Satukan hati-hati kami dalam agamaMu. Tegakkan Islam dalam hati kami. Jadikan kami manusia yang sentiasa berbuat kebaikan dan jadikan kami manusia yang sentiasa prihatin atas  kesusahan manusia yang lain.

14.7.14

Tertangguh

"Atas-atas rezeki yang tertangguh, pasti ada punca ketangguhannya.."


Kebelakangan ini selalu aku fikir, mengapa tuhan tidak saja beri kemenangan pada rakyat-rakyat yang bangkit mahukan kemenangan sedangkan aku fikir dasar perjuangan mereka kiranya seolah telus dan benar-benar memperjuangkan kehendak rakyat.


Lalu, aku perhati satu-satu antara mereka.
Aku teringat ibu pernah pesan, "kadang-kadang ada rezeki tu Allah nak bagi, cuma mungkin keyakinan kita atas diri sendiri terlalu tinggi melebihi keyakinan kita pada Allah sebab itu Allah tangguh rezeki tu.." . Tambah ibu, "kadang-kadang, keyakinan terlebih tu boleh cetus riak dalam diri. Allah tak suka.."

Astaghfirullah. T_T


Cuba bayangkan, jikalau diberi kemenangan sedangkan ujub dan riak dalam diri tu masih menebal? Apa mungkin lama bertahan perjuangan itu? Mungkin ketuanya okay, tapi yang kecil-kecil dibawah tu bagaimana? Little things count.  Manusiakan mudah lupa. Itu fitrah. Ditekan, diuji, maka itu jadi penguat diri supaya tidak lupa walaupun berada dilangit tinggi mana. 



Aku mula faham kenapa sesuatu rezeki itu tertangguh. Risau. Risau. Sebab diri sendiri pun selalu lupa. Yakin terlebih. Sampai lupa, titik tolak sesuatu itu datang dari Allah. 


Lots to improve.
Moga Allah tak tutup pintu hati kita untuk lihat kekurang diri sendiri.
Moga kita punya kekuatan dalam memperbaiki diri.


5.7.14

To Love

 2012
Kuala Terengganu


Slowly she thinks that, she shouldn't take the same path like others.
To love, is not to be like many.
To love, is to find the meaning of it.
To love, is to find herself.
To love, is to find the Owner of the love itself.


and to find it.....


She can't be in a place for too long.


2.7.14

Kopi dan Alpa

Lewat petang aku duduk sendiri menikmati minum petang. Saja , teringin tekak ini merasa kopi enak itu. Kemudian meja sebelah aku ada sepasang ibu dan anak. Mungkin menunggu si ayahnya pulang dari kerja sambil minum-minum petang. Dalam aku memerhati, tiba-tiba disergah bunyi anak yang girang itu, mahu ditunjuk hasil kerjanya mungkin.

"Ma, ma.. adik kan.. kat sekolah tadi ada buat lukisan.."

Masih tersenyum girang.
Aku turut tersenyum melihat.


Ibunya, sambil tak endah menjawab.
"ye...cantik."
Tak dipandang pun lukisan anak itu. Si ibu leka menyelak-yelak ipadnya sambil menghirup kopi.


Diam aku perhatikan.
Anak itu perlahan-lahan hilang ghairah untuk bercerita.
Dia keluarkan pensil warnanya. Buat kerjanya sendiri.
Diam terus anak itu.



Aduh. Sayang.
Apa mungkin jawapan seringkas itu boleh membunuh gembira hati anak kecil itu?


Sayang.
Apa nanti kalau sudah tua anak itu bisa buat perkara yang sama pada ibunya?
Apa mungkin itu bisa terjadi?


Nauzubillah min zalik.

Moga dijauhkan.


Mohon yang dewasa itu tidak lagi leka.
Moga  anak itu memahami kealpaan dan memaafkan ketidaksengajaan yang orang dewasa sering lakukan.