2.7.14

Kopi dan Alpa

Lewat petang aku duduk sendiri menikmati minum petang. Saja , teringin tekak ini merasa kopi enak itu. Kemudian meja sebelah aku ada sepasang ibu dan anak. Mungkin menunggu si ayahnya pulang dari kerja sambil minum-minum petang. Dalam aku memerhati, tiba-tiba disergah bunyi anak yang girang itu, mahu ditunjuk hasil kerjanya mungkin.

"Ma, ma.. adik kan.. kat sekolah tadi ada buat lukisan.."

Masih tersenyum girang.
Aku turut tersenyum melihat.


Ibunya, sambil tak endah menjawab.
"ye...cantik."
Tak dipandang pun lukisan anak itu. Si ibu leka menyelak-yelak ipadnya sambil menghirup kopi.


Diam aku perhatikan.
Anak itu perlahan-lahan hilang ghairah untuk bercerita.
Dia keluarkan pensil warnanya. Buat kerjanya sendiri.
Diam terus anak itu.



Aduh. Sayang.
Apa mungkin jawapan seringkas itu boleh membunuh gembira hati anak kecil itu?


Sayang.
Apa nanti kalau sudah tua anak itu bisa buat perkara yang sama pada ibunya?
Apa mungkin itu bisa terjadi?


Nauzubillah min zalik.

Moga dijauhkan.


Mohon yang dewasa itu tidak lagi leka.
Moga  anak itu memahami kealpaan dan memaafkan ketidaksengajaan yang orang dewasa sering lakukan.

No comments: