1
Bila datangnya perlu, dikecewakan oleh harapan.
Bila datangnya harapan, terhilangnya keperluan.
2
Peringkat diletakkan , garisan diberikan.
Perasaan dihancurkan. Masalah takkan pernah diselesaikan.
3
Hilang manis dalam nama.
Hilang rasa dalam kata.
Hilang gah dengan benda.
4
Yang lemah terus dihentam.
Yang hebat terus disanjung.
Yang sederhana terus dibiarkan.
5
Lihat luar, tak semestinya sama dengan dalam.
Bila berkata, wah yang keluar.
Bila merasa, hampa yang ada.
6
Diam-diam ubi berisi.
Diam-diam dendam terjadi.
7
Nampaknya diam itu lebih baik dari berkata apa-apa.
5.11.12
27.10.12
Eh. Bye
" They will not quarrel; they will just keep quiet or simply go away. "
Penjelasan, aku simpan.
Marah, aku hilangkan.
Sedih, aku pendamkan.
Kekuatan, aku kumpulkan.
Dalam diam.
Aku tinggalkan.
Dan kau , tidak butuhkan penjelasan, tidak meledak dengan kemarahan, tidak tunjukkan kesedihan, tidak perlukan sebegitu banyak kekuatan.
Aku pun diam.
Dan teruskan hidup.
Tanpa kau.
- WizKhalifa
She can't wait for you forever, sometime soon she's going to let go, move on and be happy...
Without you.
- WizKhalifa
23.10.12
"Kak Shinggit Kak..."
"Kak, nak shinggit...."
Budak itu , dalam lingkungan darjah tiga tiba-tiba muncul sebelah aku meminta shinggit katanya dengan nada yang kesian.
Aku terkejut.
Sedang enak menyuap paru sambal ala-ala batu, budak itu pula meminta shinggit (katanya). Tiba-tiba aku terbayangkan muka adik-adik aku.
Serius kesian. Sebak.
Aarrghh.
Aku bengang bila orang guna budak-budak untuk minta sedekah.
Memang aku tak boleh nak elak. Cubalah kau bayangkan yang minta sedekah itu adik atau anak-anak kau. Mana kau nak larikan rasa belas tu. Kalau kau tiada adik ke anak sekalipun selagi kau manusia, belas tu mesti ada kan? Sanggup ke kau biar budak tu berlalu tanpa kau beri shinggit (katanya) kepadanya?
Kalau kau sanggup.
Aku pun turut kesian bagi kau.
Tapi aku faham kalau kau tiada duit pecah.
Sangat faham. Waktu itulah mula dilema tahap drama melayu lestary.
Ok.
Lupakan tentang duit pecah itu.
Lepas itu aku telan semua paru sambal ala batu.
Lalu beredar dengan rasa sebak.
Petang itu, aku nekad nak balik dan belanja adik-adik aku makan.
Walaupun hanya ada shinggit dalam kocek.
Sobs.
P/s: Kenapalah manusia ni kejam sangat. Budak-budak dipergunakan, wanita dijahanamkan.
19.10.12
Terbiasa
Masa itu, aku berada dihadapan bangunan putih empat tingkat.
Dengan stamina yang tak menentu aku siap sedia untuk mendaki anak-anak tangga.
Lalu aku....
Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 1.
Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 2
Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 3.
Aku dongak untuk melihat papan tanda aras.
Aku sangka aku sudah sampai.
Tapi sebenarnya tidak.
Aku mengeluh. (tak elok, aku tahu)
Aku mengeluh kerana aku sangkakan yang aku sudah sampai.
Tapi tidak sama sekali.
Walau apa pun, aku tak boleh berhenti melangkah.
Jadi , aku ...
pijak, pijak, pijak.
Sehinggalah aku tiba di tingkat 4.
Lalu aku terbaring dan pengsan dengan syahdunya.
Esok pagi, aku berazam untuk tambah stamina.
Kononnya nak bersemangat semula.
Konon saja.
Alih-alih perkara sama juga yang terjadi.
Sampailah dah terbiasa.
Bak kata pepatah lama, "Alah bisa tegal biasa.."
Heh.
Dengan stamina yang tak menentu aku siap sedia untuk mendaki anak-anak tangga.
Lalu aku....
Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 1.
Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 2
Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 3.
Aku dongak untuk melihat papan tanda aras.
Aku sangka aku sudah sampai.
Tapi sebenarnya tidak.
Aku mengeluh. (tak elok, aku tahu)
Aku mengeluh kerana aku sangkakan yang aku sudah sampai.
Tapi tidak sama sekali.
Walau apa pun, aku tak boleh berhenti melangkah.
Jadi , aku ...
pijak, pijak, pijak.
Sehinggalah aku tiba di tingkat 4.
Lalu aku terbaring dan pengsan dengan syahdunya.
Esok pagi, aku berazam untuk tambah stamina.
Kononnya nak bersemangat semula.
Konon saja.
Alih-alih perkara sama juga yang terjadi.
Sampailah dah terbiasa.
Bak kata pepatah lama, "Alah bisa tegal biasa.."
Heh.
13.10.12
Diamkan Saja
Perlukah berasa serik dengan orang yang sering berprasangka buruk terhadap kita?
Terkilan.
Tapi demi sebuah persahabatan dan hubungan antara manusia.
Diamkan sahaja.
Barangkali diri ini yang membawa erti yang salah dalam penyampaian sesuatu perkara itu.
Maafkan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)