19.10.12

Terbiasa

Masa itu, aku berada dihadapan bangunan putih empat tingkat.
Dengan stamina yang tak menentu aku siap sedia untuk mendaki anak-anak tangga.


Lalu aku....



Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 1.

Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 2

Pijak, pijak, pijak.
Sampailah ke tingkat 3.

Aku dongak untuk melihat papan tanda aras.
Aku sangka aku sudah sampai.
Tapi sebenarnya tidak.
Aku mengeluh. (tak elok, aku tahu)
Aku mengeluh kerana aku sangkakan yang aku sudah sampai.
Tapi tidak sama sekali.



Walau apa pun, aku tak boleh berhenti melangkah.


Jadi , aku ...
pijak, pijak, pijak.
Sehinggalah aku tiba di tingkat 4.



Lalu aku terbaring dan pengsan dengan syahdunya.
Esok pagi, aku berazam untuk tambah stamina.
Kononnya nak bersemangat semula.


Konon saja.

Alih-alih perkara sama juga yang terjadi.
Sampailah dah terbiasa.
Bak kata pepatah lama, "Alah bisa tegal biasa.."


Heh.



No comments: