Tuhan akan uji kita dengan pelbagai jenis orang, pelbagai jenis perangai. Baik yang elok ataupun tidak. Tapi setelah berakhir satu ujian ada yang terkesan lalu trauma dan menjadi paranoid akan perkara yang mendatang. Namun ada juga yang kekal dengan sikap-sikap yang baik.
Maka, bagiku.... teruslah dengan sikap yang baik. Manusia dan perangainya tetap akan jadi bermacam-macam. Tapi sabar dan akhlak itu akan jadi pengukur untuk setiap perkara yang mendatang.
Keep smiling, and do good to others.
Moga akhlak dan amalan kita sentiasa meningkat kualitinya.
No comments:
Post a Comment