13.6.14

Kena Kuat




Aku tak ingat siapa, tapi ada seorang akak tu pernah kata.."macam mana sebenarnya Allah pernah lintaskan kita hidayah tu, tapi kita refuse to see it and take action upon it?"

Dalam hati aku jawab, "Ruginyaaa.."

Akak tu teruskan percakapannya , "Sebab tu kalau ada rasa nak buat kebaikan tu buat sahaja..mana tahu itu hidayah Allah nak bagi kat kita..",  Dia bercakap seolah-olah tahu apa yang aku balas tadi.


Kadang-kadang bila dah dapat kesedaran, kita rasa macam nak kongsi apa yang kita rasa dengan orang-orang yang terdekat dengan kita. Tapi itu tak semudah dengan berkata sahaja, sebab tak semua orang dapat kesedaran yang sama. Hence, itu sebenarnya perkara yang either dapat menyatukan hati kita ataupun menjauhkan hati kita antara satu sama lain. (but don't give up upon others..)

Abah ada pesan, "hidayah tu milik Allah, tugas kita hanya dengan terus bersama untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan.." 

I can see how Abah work on that, tak sekejap. Benda ni satu proses yang sangat lama. Sometimes it take years to shape a person to do good things. In abah case, it takes half of his life. (Ya rabb, bless my parents for their good deeds).

Aku ambil sedikit dari workshop Khalifah Method, Ustaz Qayyum ada kata.."saya ambil masa dua tahun nak pupuk orang-orang dirumah saya untuk susun selipar ..."

See, it not that fast. Itu baru sekecil perkara.

Tapi kadang-kadang aku sendiri rasa mudah terpengaruh untuk berbuat benda tak elok. How on earth I could be that strong to continue spread goodness and kindness to people? 

Teringat abah kata, "buat je benda baik tu sampai sama rasa susah hati nak buat benda tak elok...."


Kena kuat. Kena kuat. T_T
Phew, moga ada kesabaran yang tinggi. Moga moga.




Ya rabb, jauhkan hati-hati kami dari bisikan syaitan dan pandu kami ke arah kebenaran. Jadikan hati-hati ini hati yang mencintai apa yang Kau cintai dan membenci apa yang Kau murkai. Janganlah kau bolak balikkan hati ini sesudah Kau berikan hidayah kepada kami.

No comments: