21.5.14

Pergi I

 PEN-KUL
Mei 2014

Dalam kabur itu terus Seri membisikkan pada Cahaya, "Pergilah jika tiba masanya. Pulanglah bila sedia rasanya.." Setiap kali satu permulaan, Seri kuat merasakan pengakhiran. Seri tahu, tiada yang kekal melainkan tuhannya.

***

Cahaya sedikit pun tidak pernah bilang dia mahu pergi. Tapi gerak lakunya sendiri makin jauh dan sepi. Makanya Seri juga sedikit demi sedikit merelakan Cahaya pergi. Seri tahu, kuatnya laku lebih dari kata.

Yang tetap setia disisi Seri adalah sahabatnya, Sang Rawa sering memarahinya kerana merelakan setiap Cahaya yang datang itu pergi dengan mudahnya. Seri bilang pada Sang Rawa, "tak mengapa.. aku sudah biasa hidup dalam kaburan cahaya. Cukup indah walaupun tuhan hanya kirimkan aku Cahaya yang begitu terang biarpun sementara."


Sang Rawa yang setia itu masih merengus.. "Sampai bila kau mahu biarkan ia begini wahai Seri..?". Seri diam, lalu menjawab.."Sampai ada yang benar-benar mahu menjadi Cahaya hingga ke langit sana.."


Sang Rawa diam. Dia kalah lagi kali ini. 


No comments: