13.7.09
Kembali Kepada Kebiasaan
Kembali aku kepada kehidupan asalku, KL.
Dan...
Kelantan. Betapa akan aku rindui ketenangan di sana. Seronok.
Seperti kehidupan yang aku inginkan. Tak terlalu bising dengan bunyi yang bingit.
Mungkin kerana aku sendiri sudah bosan dengan kehidupan kota. Asap kiri kanan. Bunyi hon kadang-kala tanpa henti. Refleksi kepanasan dari hutan batu terpantul ke kulit. Bahang.
Tapi kemungkinan besar juga aku akan merindui kemudahan awam di kota KL ini sendiri. Aku akui, tak mudah untuk adaptasi kekurangan yang ada jika sudah terbiasa dengan kehidupan yang serba lengkap. Untuk itu, aku sangat bersyukur kerana ditakdirkan terperangkap hidup dalam kota ini. Tapi aku akan rasa sangat sangat bersyukur jika dikurniakan kehidupan yang tenang, tapi semuanya lengkap. Hei. Siapa yang tak mahu kan?
Untuk seketika aku jauh dari hidup asal. Aku menyukainya. Lari dari kebiasaan. Tapi aku terpaksa pulang semula. Terasa mendung berarak sekali mengikuti kepulangan aku ke sini. Haih. Semoga ada lagi peluang untuk "lari" dari kebiasaan macam tu lagi. Hahaha.
Nampaknya sekarang aku terpaksa buka monthly planner aku. What to do next. -_- Bosannya.
Oh ya. Minggu depan ramai antara kalian yang sudah cuti sem kan? Yeay. Outing jom. Hehehe.
Ditulis oleh
J a e i n
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
gath gath gath
hoo.
gath.
dpt msg aritu.
tp tak sure pegi ke tak.
spe urusetia?
Post a Comment