5.5.25

Repairing Works

Ironik.
Bila kita dah meletakkan batasan dan menjauhkan diri kita daripada sesuatu yang kita tak mahu jadi.
Tetapi semakin lama, kita menjadi sesuatu yang kita tidak mahu itu.

Jadi, sebenarnya adakah asas kita sama?
Just because we've seen all those thing growing up, we only know how to behave like one.

Hodoh.
Buruk.
Jelik.

Aku jadi ketiga-tiga perkara diatas tanpa aku sedari.
Sungguh.
Aku tak sedar.

Sampailah satu tahap, aku rasa everything begin with me.
The peace that I want.
I must be that peace.

The contentment that I imagine, I must be one.
Bukan dari sesiapa, bukan dari apa.

Dari aku.
Dan hanya aku yang boleh kawal all those rage. 

I need to be mindful every time until it become one in me.




13.3.25

Patah Hati Yang Pertama




I'm used to it. 
But I'm fighting everyday by not doing the same thing to my children.

And I'm not giving any chance for others to mistreat my little family. 






9.1.25

2025 - Kesinambungan Tentang Yang Lalu

 [ Manusia Dengan Kebiasaannya]

Aku pernah bertemu dengan manusia, dimana dia hidup dalam keadaan hampir daif.

Aku musykil, apa ini keadaan seorang surirumah tangga tetapi memasak mengunakkan pisau yang sudah patah hujungnya, hampir tercabut pemegangnya. Tanpa sebarang persoalan aku pun membelikan pisau baru.

Bulan berganti bulan, tak pernah aku lihat dia memakai pisau baru itu. Masih lagi mengunakan pisau serba rosak tapi masih boleh digunakan.

Aku pelik.
Apa ada orang sebegini. Apa ada pada pisau itu sehingga sanggup tidak bertukar.

Aku tidak menegur, lalu membiarkan dia dengan kebiasaannya.
Mungkin pada kita itu sudah seperti daif, tapi pada mereka itu biasa.

-----

[Manusia Dengan Minda Separa Sedar]

Kita hidup ada dua pemikiran, satu pemikiran sedar dan pemikiran separa sedar.
Aku menyedari yang kita selalu membuat sesuatu perkara dibawah pemikiran separa sedar.
Dan pemikiran ini terkadang membuatkan kita melintasi garis halus antara yang betul dan yang salah.

Sehinggalah seseorang menegur perbuatan itu, kita akan meletakkan perkara berkenaan dalam kolam pemikiran sedar kita.

Berat hati untuk menyatakan, terkadang kita mungkin akan kalah dengan  keputusan yang dibuat secara separa sedar.

Should we fight the subconscious decision?
Tapi ini adalah sesuatu yang telah dikumpul oleh otak setelah sekian lama seseorang itu hidup.

Ini bermaknya jika ia tidak dikenalpasti, dan terlibat dengan perkara yang perlu dipilih antara kita dan perkara lain yang berada diminda separa sedar , kita mungkin tidak lagi dalam pilihan berkenaan. 

Bergantung dimana kita wujud dalam garisan kehidupan seseorang.

Unless, the person matter the most and they willing to take action to conceal the mistake and change their habit or action towards things.






30.12.24

Hinanya Dunia

 "Hinanya dunia bila syurga yang kita dambakan.."


Sedikit demi sedikit, tuhan berikan kita kesakitan , kesedihan , kekecewaan dengan dunia.
Dan akhirnya, kita sedar akan doa kita yang mahukan syurgaNya.

Jadi tuhan tunjukkan betapa hinanya kita yang terlalu dambakan dunia. Cinta manusia.
Lalu kita belajar untuk melepaskan dan hanya memberi kerana tuhan kita.


Ihsan pada manusia atas tanggungjawab kita.
Kasih pada manusia kerana itu yang diajar oleh tuhan kita.

Tidak lebih dan tidak kurang.
Berpada-pada mengikut apa yang kita mampu.

18.12.24

Berpada-pada

 "Tiada kebencian tercipta, melainkan dahulu mereka adalah orang yang saling mencintai.."




Patutlah orang tua kata, jangan dibenci lama-lama sayang. 
Kalau dah sayang pula, dipesan biar berpada-pada.

Macam tulah.
Itulah tanda ingatan tuhan pada kita.
Biarlah semua yang kita salurkan itu keranaNya.

Kalau sayang, diberi pahala.
Jikalau kecewa, akan mencari pujukNya.