26.6.19

Kerinduan Sara

Jam 6 petang.
Sara menggapai telefon bimbitnya disudut meja.
Jarinya lantas menaip mesej bertulis, "Abang, kat mana tu.."
Walhal, dia tahu mesejnya itu tidak lagi akan berbalas.

Untuk selama-lamanya.


Dia tahu.
Cuma.
Dia rindu.

Akan kekasih hatinya. Suaminya. Yang dijanjikan untuk hidup selamanya bersama.
Kehilangan seseorang seperti ini menjadikan rindu itu tidak bertepi.

Dimana teman hatinya itu.
Teman bicaranya.
Teman dia dalam diamnya.
Teman dia dalam resahnya.
Teman dia dalam tawanya.

Masa berlalu pergi.
Perit dihati tetap tak hilang lagi.


"Sara, terlalu merindui sayang..", bisiknya tiap malam. Ditemani air mata kerinduan.
"Tunggu Sara. Sara nak bersama sayang semula...". Lalu lelaplah Sara sendirian. Berharap masa cepat berlalu pergi untuk dia bertemu kembali bersama kekasih hatinya.


31.5.19

Sandaran Kenangan








"Aku tak faham kenapa kawan-kawan lama perlu berubah dan meninggalkan kita kerana kita tak berbual dan merasakan fasa yang dia rasa. Sedangkan memori kita terhenti saat kita terpisah dan kembali diingatkan saat kita bertemu.."

Perbualan antara aku dan sahabat


Persahabatan dan keluarga itu adalah rumah untuk setiap jiwa-jiwa yang terpisah. Kita kembali untuk mengingati setiap saat yang kita hadapi dahulu.

Ada yang lucu, ada yang sedih, ada yang gembira.

Bila terkenang, pasti akan tersenyum semula.


Tetapi ada juga yang tidak mahu terkait semula dengan kenangan. Lalu meninggalkan orang-orang yang mengenangkan perkara lalu.


Setiap sapaan dibalas ala kadar.
Setiap ajakan diberi alasan.

Aku pun perlahan-lahan memahami dan memberi ruang. Lalu menyepikan diri.
Sendiri mengenangkan kenangan.


Apakan daya. Semuanya hanyalah kenangan.

Kita bukan lagi orang-orang yang terpilih.


Sungguhpun begitu. 

Aku akan tetapi menerima sesiapa saja yang masih menghargai kenangan.
Untuk tetap terus pulang. Bagi menghargai detik-detik kita bersama.






20.4.19

My Lil One

I'm happy to have you.
I'm okay to sacrifice my career for you.
I don't mind to hold my education  plan for you.

Tho, one day you'll take your own path too.
I don't mind.

Later, it will come the time for you to have your life too.

Now,  I'm taking my path to create yours.

And I hope your journey will be great, fun and full of barakah.

It's only 10 years left for me to have you close by my side. May Allah grant us ,the parents,  sabr , hikmah, and joyful in the way we bringing up our children.

Ammi loves you. ❤

31.3.19

What

"What I have done  lately...?"
" I stopped to care...."

-----

Why bother much when people don't care.
Let leave all the self entitled people in silence.

6.3.19

Meratapi Ketiadaan

Jauh disudut sana, ada dua anak perempuan yang sedang menangis.

Atas kuburan yang belum terjadi.

Meratapi kematian ibu yang mereka tidak pernah ada.

Meratapi kesedihan yang bertahun dirasai.

Meratapi kesakitan  yang bertahun disemai didalam hati.

Meratapi bahawa tiada lagi harapan untuk perubahan.

Semoga kitaran ini tamat padaku.
Semoga aku tidak menjadi sepertinya.
Semoga aku mampu memberi kasih sayang.
Semoga tiada lagi perbezaan kasih yang diberi.
Semoga tiada kata-kata nista dan kesat seperti yang kami alami.