19.3.21

But & Yet



19 March 2021,
Friday

Chaotic.
Yet you felt unheard.

Surrounded.
Yet you don't want to share.

Wanted to be alone.
Yet, there're people you still need you.

So much things in mind.
Yet, couldn't be expressed. 

The soul whom always wander around.
Keep inside squared space.

Trying to find way to channel out the wandering mind.
Upon the choices that has been made.


It's okay.
All this only temporary.

We will survive... this and that.


11.6.20

Kebiasaan Baru

"New Norm.."

Sebenarnya, untuk certain orang lain this new norm , working virtually, working from home sudah menjadi kebiasaan.

Tapi bukan untuk kebanyakkannya.


I found its easier when working from home. Cumanya bila something were scheduled, memang kena focus on screen agak payah untuk menghadap home task. 

Kadang-kadang, anak terberak la. Sedangkan tengah dalam conference call. 
Lapar la, nak perhatian la.

And you don't have helper at home.


Mencanak la ya kita multitasking.

But , alhamdullilah for all the time given and flexibility of time.
Inilah dia nikmat yang kita tak pernah tahu dan rasa jika selama ni memang kerja di pejabat 9 pagi - 6 petang.

Yang sudah menjadi surirumah, dulu memang 100% focus pada rumahtangga, ada yang sudah berkerja semula. Dan apabila sudah work from home kadang-kadang bukan 50% - 50% work and chores delegation.

Kadang-kadang 10%-90% , 80%-20%.

Tapi the best thing is, anak-anak kita dekat dengan kita. Its about us and family to adjusting with the situation.

Anak boleh diajar untuk memahami dan kita boleh mengajar diri kita untuk memberi waktu bila perlu. Walaupun sedang sibuk dalam kerja sendiri.



Alhamdullilah.
Setiap yang datang itu ada kebaikannya.
Dan yang kita rasa susah itu ada pengajarannya.

Semoga setiap perkara yang datang itu kita dapat hadapi dengan hikmah dan penuh kesabaran.

3.3.20

Bisik Kita Pada Tuhan

Bila berpasangan, kita selalu berbisik pada tuhan supaya ambillah nyawa kita dahulu sebelum pasangan kita.

Kerana kita takut jika tak mampu untuk hidup tanpanya. 

Ternyata, ada takdir yang tuhan menarik nyawa si dia dahulu sebelum kita.


Tersentak dalam lamunan. 
Teringat akan doa-doa yang kau kirimkan supaya kita pergi terlebih dahulu.

"Mengapa ya tuhanku, mengapa bukan aku yang pergi dahulu...", soalmu dalam sedu.

Tapi jawapan itu takkan mampu kita terlihat sekarang. 
Yang sekarang ini hanya kekuatan yang kita mampu minta pada tuhan. 

Supaya hati tidak terlalu merindui dan merasai kehilangan. 


Ya tuhan, 
Sesungguhnya hidup dan mati itu adalah ketentuanMu. 

Jika sudah tiba masanya salah satu dari kami pergi  
Kurniakanlah kekuatan yang tinggi dan keredhaan pada setiap dari kami yang menghadapi kehilangan.

13.12.19

In the memories of Abah

1 Dec 2019, Ahad.
"Abah dah takde.."




Ahad tu, semua sangat tenang. Cuaca elok. Aktiviti kami sekeluarga bersahaja. Keluar membeli sedikit barang. Ke perpustakaan komuniti. Dan makan untuk tengahari.

Tiba-tiba suamiku mendapat panggilan dari jiran taman perumahan di Mambau. 
Dia kata abah accident.

Kami bergegas pulang ke rumah dan berkemas-kemas untuk pulang ke Seremban.
Dalam hendak berkemas,aku menyusun pakaian , suamiku masih lagi dalam panggilan telefon. Dan sejurus dia meletakkan telefon dia kata,  "Abah dah takde..".

Aku terduduk.
"Tak mungkin la..", getus hati aku.

Dalam perjalanan. Suami suruh beritahu pada ayahku yang abah dah tiada. Aku masih tak percaya dan bertanya lagi.." betul ke yang abah dah takde?".. 

Memang aku tak percaya.
Sehingglah kami sampai ke Jabatan Forensik , Hospital Tunku Jaafar, Seremban.

Saat itu, baru aku cuba terima kenyataan abah memang dah tiada.
Allahuakbar.

Berjurai air mata. Dada aku sebak, padat. 


Abah pergi, macam tu sahaja.
Died due to vehicle accident.
Cause of death, head injury.



Speechless, unexpected.


Seusai post-mortem, jenazah abah dimandikan oleh anak-anak dan tukang mandi jenazah di hospital.
Maghrib itu abah dibawa pulang ke rumah.
Last presence of Abah in his own house. Disolat jenazah oleh adik beradik.

Dan lalu dibawa ke surau Kelab Tunku. Disolat jenazah sekali lagi.
Dan Isyak itu, abah dah selamat dikebumikan.


----

Esoknya.
Suamiku, sibuk menguruskan hal-hal dokumentasi abah.
Hutangnya, asetnya, KWSPnya, SOCSOnya.

Seminggu itu, penat suamiku berulang-alik selesaikan hal mahkamah, report polis dan sebagainya.

Dari sini, pengajaran buat aku cukup mendalam.
Syarat mati itu adalah hidup.

Bukan sakit.
Bukan apa saja.

Tetapi hidup.

Just be prepared. 


20.9.19

The Feeling

20/9/2019, Jumaat.
10.05am.

No FH. 

I guess, this is the feeling of losing something that close to your heart.
The sadness, unexplainable.
The possibilities of losing, has so many.
But the reason, only one.

It just, not the time yet.


Kita merancang, Allah juga merancang.
Dan  Allah, adalah sebaik-baik perancanganNya.