"Kak , ni berapa sehelai?"
"40 ringgit dik.."
"Oh, boleh dapat 35 ringgit tak kak?"
"Em, boleh la dik.."
"Ok, terima kasih kak, sy beli ye"
Tiba-tiba seorang rakan menerjah.
"Eh, minta la sampai dapat RM30.."
Aku senyum saja.
"Takpelah, dah jum pi tempat lain", ajak aku.
Pekara tentang jual beli dan tawar menawar adalah aku tak suka minta harga terlalu rendah dari harga yang dijual. Bukan kerana aku tak nak untung. Tapi aku fikir, peniaga pun mahu hidup. Dia bukan berniaga suka-suka. She/he needs to gain some profit at the end of the month.
Ok, cubalah kalau kita sendiri berniaga.
Atas pengalaman, berniaga nasi lemak, ais krim dan sedikit kuih kita dah bagi harga yang paling optimum. Just nice, kemudian diminta murah. Aduh macam mana nak pusing balik modal? Kos barang basah lagi?
Sebagai pembeli, kita jarang fikir keadaan peniaga. Kita fikir keadaan kita. Dapat gaji, we need things, so we go and buy, its affordable but we want more cheaper. That's greedy.
Ingat, jual beli ini adalah proses kelangsungan hidup. When one have more profit than others it won't balance up the process.
This goes back to family members. Harus ditekankan busines ahli keluarga awak, bukan harta awak. Itu adalah harta pencarian mereka. Even if yourself ada invest in the business, bukan dengan cara ambil produk sesuka hati. It will affect the business. So treat yourself as buyer. Jangan biasakan diri minta harga rendah melebihi paras untuk pulang modal.
Bak kata seorang pakcik cina ni, "jangan rompak duit sendiri maaa... sebab tu susah kayaaa.."
