Rinduan Pantai Penang
Kebelakangan ini hidup baik-baik sahaja. Alhamdullilah, gusar hati. Itu biasa. Mana ada hati yang tak berbolak. Sepulangan baru-baru ini dari Bangkok, buatkan saya rindu pada tepian pantai di Penang. Bangun pagi menghadap matahari terbit, angin dingin meniup diri.
Bandar dan pinggiran berbeza.
Ternyata hati ini lebih mendambakan alam dari hamparan buatan manusia.
Tentang Bangkok + Keseragaman
 |
| I cant recall apa nama park ni, but it is located in the centre of Bangkok city. Its nearby Chulalongkorn University. |
Banyak juga perkara menarik yang didapati sepanjang waktu saya berada di sana. Bermula dari saat saya turun dari lapangan terbang hinggalah saat saya pulang. Berjalan-jalan ada saja kiri kanan follies yang menarik.
Dalam kumpulan berjalan ke universiti yang dijadualkan, ada dua rakan berbual.."masa aku propose follie kotak-kotak gini terus kene reject..dorang buat okay je.. okayy jee..."
Seorang lagi membalas, "mungkin sebab kau bukan designer ternama lagi.."
Tergelak dibuatnya. Memang secara lumrah, sebagai seorang pelajar sudah biasa dikritik hebat para pensyarah disini (Malaysia). Sudah lali. Kalau negara lain, saya tak tahu cara pembelajaran mereka.
 |
| Bangunan di Universiti Chulalongkorn |
 |
| Pandangan dari Sathorn Boat Station |
Antara perkara yang diperhatikan adalah keseragaman "architecture style", di Bangkok mereka sangat banyak menggunakan semula traditional style dari bangunan keagamaan mereka. Manakala , untuk bangunan tinggi , tiada sebarang perbezaan yang ketara. The design was harmoniously created. Walaupun ia berada bersebelahan antara traditional style mahupun modern style, bangunan disana tak kelihatan janggal.
Little Things , Little Cafe
 |
| Little Cafe |
 |
| Jalan ditepi cafe, KMTT |
 |
| One of their faculty in King Mongkut's University |
Gambar diatas merupakan cafe kecil terletak bersebelahan fakulti Seni Liberal. (Saya teruja dengan nama fakulti ni) haha. Mind you, ditepi cafe ini merupakan hoarding, jadi mereka tampalkan dengan long banner gambaran sebegitu. Untuk cover "unwanted" view of hoarding.
The Thais dan Tuhan
 |
| Amphawa Temple |
 |
| Wat Arun Temple |
Masa berjalan-jalan, pada bangunan besar, mahupun mall ada saja tempat sembahyang yang mereka sediakan dan yang menarik samada pagi atau malam saya lihat ada saja yang akan singgah sebentar dan sembah pada tuhan mereka.
Kelihatan seperti mereka ini adalah rakyat yang sentiasa dekat pada tuhan walapun kita tak tahu how close they are by the heart namun secara fisikalnya sangat jelas ketaatan mereka. Ini juga menjelaskan mengapa di sana terdapat begitu banyak wat (kuil). Hampir di setiap kawasan mempunyai kuil yang besar. Sebegitu rupa mereka mengaggungkan kepercayaan mereka.
Menarik. Sangat menarik. Barangkali kemajuan mereka ini adalah berpaksikan pada tuhan.
Perbualan Dengan Pakcik Teksi
Saya dan pensyarah berbual dengan pakcik teksi. Perbualannya begini;
Pensyarah : "Why all the road you name with Rama King I, Rama King II until IV?"
Pakcik Teksi : " Its god.. for god.. Soi.."
Pensyarah saya masih tak faham. Lalu saya pun mencari maksud Rama dan menerangkan pada beliau. Rama bererti menyenangkan (pleasing). Tetapi dalam Hinduism , Rama itu adalah penjelmaan semula tuhan.
Jadi disini saya menganggap mereka begitu menyanjung tinggi raja-raja mereka. Malahan pada bendera mereka menggunakan warna-warna kelahiran raja mereka seperti merah jambu, ungu dan hijau.
Aaaah. Mind blown. How amazing all this little things relate to each other.
Dan bagi saya juga, selagi mana raja itu menjalankan kerja mereka (pleasing as barrier between human and God) selagi itu mereka akan tetap menyanjungi raja mereka.
Lihat, bagaimana setiap perkara itu berfungsi. Once, one of the component is corrupt, it will affects other things.
Sepanjang perjalanan ini, tiada satu pun yang saya rasa sia-sia. Walaupun trip kali ini tak dirancang awal, tapi alhamdullilah, masih ada pengajaran/pembelajaran yang boleh dikutip sana sini.
Moga tuhan buka lagi jalan untuk kembara akan datang. Amin.