23.12.10

You are very special - Zain Bhika

" You are very special
There’s no one just like you
Created by the Master
Allah created you. You are very special
Exclusively designed. You are very special
And I’m so glad you’re mine

You were made by Allah
He fashioned your heart
You were made by Allah " -
Zain Bhika




A share from a very special friend of mine.
And I share it to all my friends.
Ya, kamu semua adalah istimewa.


21.12.09

Fed up, but still in love.


"I' m so mad about architecture in this moment. I study it for long time. I think i've just well done it, i loved it. But i have some matters now, I want to draw more, learn painting. I don't know how to manage everything right. There is 1 year less to finish my 5 years of architecture lessons. I' m just fed up, but still in love." - shelbyfuckinparadize






Haha, mungkin satu hari nanti aku juga akan berkata demikian sambil menarik rambut yang hampir tiada dan memegang tetikus lalu mengigitnya. HA HA HA HA.

Marilah kita bergembira. Dan nyanyikan lalu ini :-

1,2 Buckle My Shoe

One two buckle my shoe
Three, four, knock at the door
Five, six, pick up sticks
Seven, eight, lay them straight
Nine, ten, a big fat hen
Eleven, twelve, dig and delve
Thirteen, fourteen, maids a-courting
Fifteen, sixteen, maids in the kitchen
Seventeen, eighteen, maids in waiting
Nineteen, twenty, my plate's empty



Lalala, enjoyyyyy~

Jalan - jalan untuk berjalan

HEH.

Aku macam dah bosan blogging.



Aku hanya mahu berjalan-jalan, lihat pemandangan, bakar kulit, pandang orang.


Sebab, aku dah bosan.
Aku nak benda baru.

17.7.09

Menulis Dengan Mata Terkatup

Hampir mencecah pukul 12 pagi.
Aku menulis dalam gelap.
Aku menulis dengan mata yang hampir terkatup.
Ditemani buku sketch book. Mencari idea di alam maya yang luas dan penuh dengan imej-imej yang menarik.
Tapi, takde satu pun yang aku tertarik.

Mungkin kerana semangat melukis aku semakin pudar dek kerana kepenatan. Oh, tak lupa juga... kelaparan.

Dem. Aku ditegur.. katanya aku semakin kurus. Ow man.. ini bukan yang aku pinta. Aku sendiri pun kurang pasti. Adakah kerana hormon, atau pun... memang aku ni dah hilang selera makan?

Ulser. Aku terlupa. Ulser. Itulah punca aku hilang selera makan. Sakit okeee. (macam tak biasa pulakkk)

Hem. Yeah. Esok Sabtu. Aku menanti hari itu. :D Aku tahu kau tahu. hahahahaha.
Kawan-kawan semuanya sudah pulang. Kedengaran mereka seperti sangat lega kerana exam yang mengugat ketenangan sudah habis. Dan kini mereka diberi ganjaran cuti seminggu dua.

Aku pula. Bakal tercampak ke sebuah petempatan ditepi tasik yang mengambil perjalanan selama 2 jam untuk kesana. Helo. Aku tahu la di Selangor. Tapi jaraknya sama seperti aku pulang ke Negeri Sembilan. Mahu aku aktifkan GPS di selular anda?

Oh, aku tak sabar. Tapi itu perasaan dulu. Sekarang, aku seolah ter-stuck di kota metropolitan yang sesak macam tin sardin tu. Mungkin kerana, aku sudah punyai sebab untuk men-stuck-kan diri disitu pada hujung minggu.

Atau mungkin tidak.

Ahh. Sudahlah. Aku sudah sangat mengantukk. Pasti meraban kalau teruskan menulis lagi.
Sekian, salam sejahtera pada semua.
Kepada uncle, tahniah atas pertunangan. Upah kami, bila nak bagi? Kah3.


Sehingga berjumpa lagi. Daaa~

13.7.09

Kembali Kepada Kebiasaan



Kembali aku kepada kehidupan asalku, KL.
Dan...
Kelantan. Betapa akan aku rindui ketenangan di sana. Seronok.
Seperti kehidupan yang aku inginkan. Tak terlalu bising dengan bunyi yang bingit.
Mungkin kerana aku sendiri sudah bosan dengan kehidupan kota. Asap kiri kanan. Bunyi hon kadang-kala tanpa henti. Refleksi kepanasan dari hutan batu terpantul ke kulit. Bahang.

Tapi kemungkinan besar juga aku akan merindui kemudahan awam di kota KL ini sendiri. Aku akui, tak mudah untuk adaptasi kekurangan yang ada jika sudah terbiasa dengan kehidupan yang serba lengkap. Untuk itu, aku sangat bersyukur kerana ditakdirkan terperangkap hidup dalam kota ini. Tapi aku akan rasa sangat sangat bersyukur jika dikurniakan kehidupan yang tenang, tapi semuanya lengkap. Hei. Siapa yang tak mahu kan?

Untuk seketika aku jauh dari hidup asal. Aku menyukainya. Lari dari kebiasaan. Tapi aku terpaksa pulang semula. Terasa mendung berarak sekali mengikuti kepulangan aku ke sini. Haih. Semoga ada lagi peluang untuk "lari" dari kebiasaan macam tu lagi. Hahaha.

Nampaknya sekarang aku terpaksa buka monthly planner aku. What to do next. -_- Bosannya.
Oh ya. Minggu depan ramai antara kalian yang sudah cuti sem kan? Yeay. Outing jom. Hehehe.