Masa aku umur 11 tahun, aku baru kenal perkataan "hakiki". Yang aku mengerti hakiki itu datang dari dasar kata "hak".
Sesuatu yang sepatutnya diberikan atau diletakkan pada tempatnya yang betul.
Kemudian, dalam karangan serta pembacaan aku banyak membaca perkataan cinta hakiki. Sedengarnya indah.
Tetapi semuanya dikaitkan dengan tuhan.
Ternyata, ianya memang berhak dimiliki oleh tuhan yang menciptakan sekalian alam.
Pada masa yang sama, aku juga tahu yang doa itu boleh diubah mengikut kesesuaian individu.
Jadi aku pun memasukan perkataan, "dikurniakan cinta hakiki.."
Ketika waktu itu aku tak tahu betapa beratnya perkataan hakiki berkenaan.
Sehinggalah sekarang, aku sudah memasuki usia 30an, aku mula mengerti doa-doa yang aku selitkan itu mula nampak buktinya.
Sedikit demi sedikit, aku hilang teman-teman, malahan keluarga terdekat.
Aku juga mula memahami, berkaitan tidak semestinya berhak. Cinta hakiki itu bukanlah pada manusia atau pun kebendaan.
Dan definisi cinta hakiki tu sesungguhnya sangatlah berat. Berat sehingga, tidak ada satu pun didunia ini boleh aku cintai melainkan Rab-nya. Dunia ini terasa begitu kosong.
Aku tak sabar bertemu Rabbi-ku. Tetapi aku juga takut kerana aku jauh dari layak untuk berada disisiNya.
"Ya tuhan, kau pertemukan aku dengan perkataan hakiki sebelum akal aku benar-benar mengerti maksudnya. Puluhan tahun aku berdoa untuk dikurniakan cinta hakiki. Ternyata, hakikatnya, tiada satu pun cinta didunia ini menyamai cinta hakikiMu. Dan sekarang aku mengerti kesedihan hati ini bukan kerana aku tiada apa-apa, cuma dunia ini tidak setimpal dengan hakikat cintaMu.."
Maka, aku akan bawa jiwa yang sengara akan dunia dalam kelam malam. Siangnya aku akan tetap berjuang sebaiknya dalam perananku mengikut landasanMu.
Sehingga aku dijemput olehMu kembali, wahai tuhanku. Berikanlah aku pengakhiran yang baik dari sisiMu.
No comments:
Post a Comment