Pagi ini anak yang seorang itu menginginkan rambutnya seperti karakter anime yang baru ditonton dalam satu dua hari yang lalu.
Aku rasa kaget lihat rambutnya kerana bahagian yang disapu gel itu hanyalah setompok. Aku tanya pada anakku, "yang ini kiranya sudah siapkah?.."
Anakku menjawab, "Ya, dah siap.."
Aku membalas, " Siap macam ini??.."
Lalu aku menyuruhnya membuat semula rambut itu dan oleskan gel pada seluruh rambutnya serta sikat dengan kemas dan menyeluruh.
Habis mengamuk raut wajahnya.
Protes dalam diam sambil meyikat rambutnya semula. Bermulalah pagi yang tidak indah baginya. Ayahnya melihat, kenapa anaknya begitu. Lalu bertanya pada aku. Aku menjelaskan, bahawa rambutnya itu tidak disikat dengan rapi. Ayahnya mengerti. Kerana ini bukan pertama kali dia menyikat rambutnya sebegitu. Kami memang tidak mahu anak pantas mengikut apa yang dilihat pada television tanpa panduan yang betul.
Berulang-ulang sudah aku pesan.. "tak semestinya apa yang awak lihat itu harus diikut.."
Begitulah mendidik. Proses yang berulang dan takkan berhenti.
No comments:
Post a Comment